CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37184|Reply: 1

[Perlis] Hati sayu lihat ibu datang lawat di penjara

[Copy link]
Post time 29-8-2024 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Hati sayu lihat ibu datang lawat di penjara


Aizat Sharif[email protected]







WAN memeluk erat ibunya selepas dilepaskan dengan berlesen sambil diperhatikan oleh Raja Nazril Azman (kiri) semasa Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti ‘ Sempena Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Koreksional Perlis, Arau. FOTO Aizat Sharif





Arau: "Apabila lihat ibu hadir hari ini, hati saya menjadi sayu dan berazam untuk tidak lagi terbabit dengan dadah kerana tidak sanggup tinggalkan ibu seorang di rumah."

Begitu kata Wan (bukan nama sebenar) apabila terpilih menjadi salah seorang daripada 20 banduan yang dibebaskan secara berlesen oleh Pusat Koreksional Perlis, di sini, hari ini.

Selain Wan, abang dan adiknya turut dihumban ke dalam tirai besi akibat penyalahgunaan dadah.

Wan dari Padang Besar berkata, pengalaman dua kali dipenjara kerana najis dadah cukup membuatkannya insaf dan sudah tiba masanya untuk meninggalkan segala perlakuan yang membinasakan dirinya.

"Saya tidak sanggup lagi untuk berterusan menjadi penghuni penjara dan ingin menjaga ibu yang tinggal seorang diri sekali gus berazam tidak mahu lagi kembali ke penjara untuk kali ketiga.

"Bukan saya sahaja yang terpaksa merengkok di sini, abang dan adik saya pun ikut sama berada di sini kerana kesalahan sama, jadi bayangkanlah siapa yang hendak jaga ibu saya jika kami semua di sini.

"Oleh itu, peluang dilepaskan dengan berlesen ini memberi harapan baru buat diri saya dan ibu. Ini adalah peluang untuk berubah menjadi insan lebih baik serta menjauhi dadah," katanya.

Wan berkata demikian ketika ditemui pada Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani 'Kepulangan Yang Dinanti' Sempena Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Koreksional Perlis, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Penjara Perlis, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Raja Nazril Azman Raja Azam Iskandar dan Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Perlis, Penguasa Penjara Norhazran Che Abdullah.

Sementara itu, Raja Nazril Azman berkata, seramai 20 orang dari Pusat Koreksional Perlis dipilih untuk diberi pelepasan berlesen pada program berkenaan.

"Dari awal tahun ini, antara 200 hingga 250 banduan atau kita panggil sebagai prospek penjara diberi pelepasan berlesen di mana mereka dipilih setelah dilihat pada tingkah laku serta kesalahan mereka.

"Mereka yang dipilih harus mematuhi kriteria dan peraturan mengikut Akta Penjara 1995 selain perlu melaporkan diri semula ke Pejabat Parol Daerah pada waktu dan tarikh yang ditetapkan," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 29, 2024 @ 5:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1128380/hati-sayu-lihat-ibu-datang-lawat-di-penjara





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 04:28 PM | Show all posts
Oh anak buah iols kena mcm ni, dia mcm parol, kena pergi lapor diri kat penjara terdekat and on-the-spot urine test. Kalau sangkut terus kena berkas kat situ juga. Bagus buat mcm ni iols sokong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.050973 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list