CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31749|Reply: 0

[Kedah] Pengusaha kedai perabot maut dilanggar kenderaan mengundur sendiri

[Copy link]
Post time 28-8-2024 12:55 AM | Show all posts |Read mode
Pengusaha kedai perabot maut dilanggar kenderaan mengundur sendiri


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







KENDERAAN pacuan empat roda Toyota Hilux yang mengundur ke belakang sebelum terlanggar mangsa. FOTO Ihsan Polis





Sik: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux miliknya yang mengundur sendiri di Kampung Pasir Putih, Jalan Padang Pulut, Jeneri, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, polis menerima makluman berkaitan seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di bawah kenderaan pacuan empat roda di tempat kejadian jam 4.30 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika mangsa, Lim Gok Hong, 59, dari kebun betik miliknya dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Yan.

Katanya, mangsa yang juga pemilik kedai perabot di daerah Yan menetap di Batu 25, Jalan Yan.

"Namun sebaik tiba di jalan masuk ke kebun, mangsa meletakkan gear dalam keadaan neutral (N) dan menarik brek tangan sedikit sahaja sebelum turun dari kenderaannya untuk menutup pintu pagar kebunnya itu.

"Sewaktu mangsa menutup pintu pagar, secara tiba-tiba kenderaan itu mengundur ke belakang lalu terlanggarnya.

"Akibat kemalangan itu, mangsa terhimpit di bawah kenderaan terbabit di bahagian belakang berdekatan dengan tayar belakang sebelah kanan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdull Razak berkata, mayat mangsa ditemui berada dalam keadaan tertiarap dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Forensik Hospital Sik untuk urusan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.47 petang.

Beliau yang mengetuai operasi menyelamat bersama Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sam Khan a/l Prak Prem tiba di lokasi bersama lapan anggota tidak lama kemudian.

"Mangsa yang dipercayai tersepit di bahagian belakang kenderaan itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

"Pihak bomba menggunakan peralatan khas 'air lifting bag' bagi mengangkat kenderaan itu untuk ruang kerja bagi mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.



Disiarkan pada: Ogos 27, 2024 @ 10:42pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127712/pengusaha-kedai-perabot-maut-dilanggar-kenderaan-mengundur-sendiri





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.236874 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list