CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45959|Reply: 0

[Kedah] Tukang kebun warga Thailand maut motosikal terbabas

[Copy link]
Post time 25-8-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-8-2024 11:58 AM

Tukang kebun warga Thailand maut motosikal terbabas

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

25 Ogos 2024 11:33am




Keadaan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan di Kilometer 87.4 Lebuhraya Utara Selatan pada malam Sabtu. Foto PDRM



SUNGAI PETANI - Seorang warga Thailand maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke tengah jalan di Kilometer 87.4 Lebuhraya Utara Selatan pada malam Sabtu.

Mangsa, Phanchakan Kasiwat, 19, yang beralamat di Pengkalan Hulu, Perak dan bekerja sebagai tukang kebun meninggal dunia selepas parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan kira-kira jam 10.45 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Gurun ke Sungai Petani.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat mengawal motosikal lalu terbabas di tengah jalan.


"Kejadian berlaku dalam keadaan jalan lurus dan cuaca baik namun agak gelap kerana tidak berlampu.

Seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Afiq Hariz Yazid, 20, yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak, lalu merempuh mangsa yang berada di tengah jalan," katanya.


Tambah beliau, akibat kejadian itu, Phanchakan Kasiwat meninggal dunia manakala Muhammad Afiq mengalami kecederaan di badan, kaki dan tangan.


"Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.


"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/682179/berita/semasa/tukang-kebun-warga-thailand-maut-motosikal-terbabas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.051225 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list