CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26122|Reply: 1

[Kedah] Kuala Kedah dilanda fenomena air pasang besar

[Copy link]
Post time 22-8-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Kedah dilanda fenomena air pasang besar

Ogos 22, 2024 @ 6:06pm





Peniaga ikan, Mahsor Abdullah, 57. -Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR



















Oleh Zuliaty Zulkiffli

KUALA KEDAH: Fenomena air pasang besar di Kuala Kedah hari ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air laut yang mencecah hingga tiga meter.

Difahamkan, fenomena itu berlaku sejak tiga hari lalu menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air laut.

Tinjauan di sekitar kawasan berhampiran mendapati, air pasang besar hari ini adalah yang terbesar disebabkan paras air laut mencecah sehingga tiga meter.

Berikutan itu, ramai nelayan terutama bot kecil tidak turun ke laut disebabkan bimbangkan keselamatan diri akibat ombak kuat di tengah laut.

Peniaga ikan, Mahsor Abdullah, 57, berkata, sepanjang tempoh air pasang berlaku sejak Selasa lalu, dia hanya berniaga empat jam sehari disebabkan kekurangan pelanggan akibat banyak kawasan dinaiki air.

Katanya, ini disebabkan orang ramai tidak dapat datang ke pelantar ikan di Kampung Seberang Kota, di sini untuk membeli ikan seperti biasa berikutan air laut naik dengan cepat sekitar jam 11 pagi.

"Disebabkan itu, saya hanya membeli ikan daripada nelayan dua kilogram saja disebabkan bimbang tidak habis dijual kerana kebanyakan pelanggan biasanya datang lewat.

"Selain itu, nelayan juga termasuk suami saya, Zahari Zabidi, 63, sudah seminggu tidak turun ke laut disebabkan angin kuat, ribut dan ombak besar selain air pasang besar.

"Air laut pasang biasanya berlaku setiap bulan dan ketika itu nelayan sudah tahu air pasang besar akan berlaku menyebabkan mereka tidak turun ke laut dan kejadian air pasang hari ini sangat besar berbanding kebiasaannya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Azmi Sudin, 72, berkata, kejadian air pasang besar itu semakin kerap berlaku hampir setiap bulan menyebabkan dia terpaksa menutup kedainya lebih awal.

Katanya, biasanya kedai makannya yang terletak berhampiran pelantar ikan itu menjadi pilihan orang ramai untuk singgah tetapi hari ini, jumlah pelanggan berkurangan.

"Pagi tadi ramailah orang namun apabila air laut pasang dan air mula memenuhi kawasan pelantar, ramai pelanggan balik dan saya terpaksa menutup kedai makan lebih awal.

"Air pasang besar berlaku hari ini bermula jam 2 petang hingga 3.30 petang sebelum surut sepenuhnya dan hari ini paling besar dan mungkin akan berlaku lagi esok serta lusa.

"Pada hari pertama fenomena air pasang ini berlaku, ia disertai ribut dan hujan lebat menyebabkan air naik dengan cepat dan surut pun cepat," katanya.

Pelanggan kedai makan, Abd Haris Abd Samad, 63, pada mulanya menyangka air laut yang ketika itu naik sedikit , tidaklah besar seperti yang berlaku.

Katanya, ketika itu dia dan isterinya, Nora Nordin, 62, sedang menikmati makan tengah hari di situ pada jam 2.30 petang sebelum air laut naik dengan cepat sehingga tenggelam kaki.

"Kalau nak cerita pengalaman, ini kali kedua saya makan dalam air seperti ini tetapi kali ini air lebih dalam sedikit.

"Kalau semata-mata datang nak makan dalam air macam ni memang tidak lah tapi ini memang pengalaman baru buat saya dan isteri kerana secara tiba-tiba air laut naik," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/08/1288604/kuala-kedah-dilanda-fenomena-air-pasang-besar





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2024 06:20 PM | Show all posts

Pelanggan Kak Yang Gulai Ikan Temenung menikmati hidangan dalam air yang naik ketika fenomena air pasang besar yang melanda persisiran Kuala Kedah. -Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.827013 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list