CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56642|Reply: 0

Tak boleh harap Zii Jia sahaja

[Copy link]
Post time 10-8-2024 01:08 AM | Show all posts |Read mode


ZII Jia bersama pemain badminton negara tiba di KLIA kelmarin.

Kuala Lumpur: Kem badminton negara tidak boleh meletakkan bebanan kepada pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia sebagai taruhan utama memenangi pingat di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).

Bekas pemain badminton kebangsaan, Datuk James Selvaraj berkata, Zii Jia sudah pasti berpotensi untuk sekali lagi menyumbang pingat buat Malaysia di LA 2028 selepas meraih gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu mempersiapkan 'barisan kedua' untuk turut mengibarkan cabaran negara di temasya terbesar dunia itu empat tahun lagi.


Beliau yang juga bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM, berkata pemain seperti Ng Tze Yong, Justin Hoh dan pemain muda lain yang dilihat berpotensi perlu dipersiapkan segera untuk bersaing bagi merebut tiket ke LA2028 dengan sekurang-kurangnya mempunyai dua wakil di temasya berkenaan.


"Kita tidak mahu jadi seperti era Datuk Lee Chong Wei, selepas dia bersara kita ambil masa lebih setahun untuk lahirkan Zii Jia. Selepas itu kita ada Tze Yong tetapi dia pula mengalami kecederaan.

"Jadi, kita mesti persiapkan pemain lain. Kalau kita tengok sekarang, semua pemain muda dari negara lain semakin meningkat naik, semua usia 22 atau 23 tahun. Menjelang LA2028, mereka akan menjangkau usia 27 tahun dan pastinya akan lebih matang," katanya.

Malaysia berpeluang untuk mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan lelaki di Olimpik Paris tetapi Tze Yong menerima tamparan apabila mengalami kecederaan belakang sekali gus menutup pintu untuk dia beraksi di temasya itu.


Di Paris, pesaing hebat seperti dari Denmark mempunyai dua wakil iaitu Viktor Axelsen dan Anders Antonsen; China (Shi Yu Qi dan Li Shi Feng); Indonesia (Anthony Sinisuka Ginting dan Jonathan Christie) dan India (H S Prannoy dan Lakhsya Sen).


Menurut James, BAM juga tidak boleh hanya bergantung kepada barisan pemain sedia ada sebaliknya perlu memperhebatkan lagi program pencarian bakat untuk melahirkan generasi pemain baharu.


"Kita ada dua atau tiga pemain sekarang, namun perlu mencari lebih ramai pemain untuk ditengahkan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Sekarang ini pun beberapa pemain sudah mengalami kecederaan.


"Jadi, kita kena cari bakat baharu untuk diketengahkan. Kita perlu latih mereka dan beri pendedahan beraksi dalam kejohanan antarabangsa," katanya.


Di Olimpik Paris, badminton menyumbang dua gangsa menerusi Zii Jia dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.


https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2024/08/1120788/tak-boleh-harap-zii-jia-sahaja

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.032846 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list