CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19524|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Football for Schools' diharap lahir lebih banyak bakat sukan bola sepak negara - Fadhlina

[Copy link]
Post time 3-8-2024 02:47 PM | Show all posts |Read mode
'Football for Schools' diharap lahir lebih banyak bakat sukan bola sepak negara - Fadhlina


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 3, 2024 @ 2:33pm [email protected]







Fadhlina (tengah) merasmikan Program FIFA ‘Football For School’ dan Kempen Bola Sepak Wanita FIFA di SK Tasek Permai di Nibong Tebal. - NSTP/ NUR IZZATI MOHAMAD





NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) yakin program 'Football for Schools' (F4S) yang dilaksanakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai bakat sukan bola sepak di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata program dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu itu bertujuan menyumbang kepada pendidikan, pembangunan dan pemberdayaan kira-kira 700 juta kanak-kanak seluruh dunia.

"Saya yakin dengan penglibatan FIFA yang lebih aktif dan dengan komitmen KPM, kita akan dapat lahirkan banyak bakat di Malaysia.

"Program ini bukan sahaja beri tumpuan pada bakat sukan, tetapi beri ruang kepada anak-anak kurang bernasib baik terutamanya dalam kalangan luar bandar untuk mendapat peluang sama rata.

"Jadi, saya berharap program ini diteruskan dari semasa ke semasa supaya kita dapat membangunkan bakat untuk potensi sukan bola sepak termasuk pembangunan karakter," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program FIFA F4S dan Kempen Bola Sepak Wanita FIFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram.

F4S bermula dengan 150 sekolah sebelum diperluaskan dengan penyertaan 237 sekolah di seluruh negara,

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, F4S juga menjadikan pembelajaran kemahiran bola sepak lebih mudah diakses kanak-kanak lelaki dan perempuan di seluruh dunia, dengan mewujudkan aktiviti bola sepak ke dalam sistem pendidikan melalui kerjasama pihak berkuasa dan berkepentingan yang relevan.

"Di samping itu, ia juga mempromosikan kemahiran dan kecekapan disasarkan melalui bola sepak dan menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan keutamaan lain.

"Pada masa sama, ia menerapkan nilai murni seperti adab, disiplin, semangat kerjasama, kecekalan dan setiakawan dalam kalangan peserta yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.

"Ia bertepatan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menekankan kemenjadian murid melalui pembangunan holistik. Menerusi program ini, murid dapat membina karakter, jati diri dan kepimpinan termasuk meningkatkan akses sukan kepada murid, selaras dengan hasrat Satu Sukan Satu Murid KPM," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1279960/football-schools-diharap-lahir-lebih-banyak-bakat-sukan-bola-sepak






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.081494 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list