CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10346|Reply: 2

Malaysia ‘top 4’ dunia tawar ganjaran lumayan buat pemenang emas Olimpik 2024

[Copy link]
Post time 31-7-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia ‘top 4’ dunia tawar ganjaran lumayan buat pemenang emas Olimpik 2024

https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... -emas-olimpik-2024/

Oleh KOSMO!
31 Julai 2024, 10:37 am


Malaysia berada di tempat keempat memberikan ganjaran paling tinggi kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam Olimpik Paris 2024.

PETALING JAYA – Malaysia tersenarai dalam 10 buah negara akan memberikan ganjaran tertinggi kepada atlet Olimpik Paris 2024 yang berjaya membawa pulang pingat emas.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@seasia.stats), Forbes mendedahkan Malaysia menduduki tempat ke-4 yang akan memberikan jumlah ganjaran hampir RM1 juta iaitu sekitar RM992,323 (AS$214,000).

Bagi pemenang pingat gangsa pula, setiap atlet akan mendapat ‘habuan’ sebanyak 10 peratus daripada jumlah tersebut iaitu kira-kira RM99,232.30.

Bukan itu sahaja, mana-mana atlet yang berjaya menempah tempat pada kedudukan podium di Olimpik Paris ini juga akan diberikan pencen seumur hidup bernilai RM1,854 (AS$400) sehingga RM5,100 (AS$1,100) untuk sebulan.

Di dalam senarai itu juga, negara di tempat pertama yang memberikan ganjaran terbesar kepada atletnya adalah Hong Kong (RM3,560,651) diikuti dengan Israel (RM1,274,972).

Menduduki tempat ketiga pula adalah Serbia (RM1,010,747), Malaysia tempat keempat manakala Itali di kedudukan kelima (RM908,745).

Tempat keenam diduduki oleh Lithuania (RM843,790), diikuti dengan Moldova (RM792,783), Latvia (RM718,605), Hungary (RM709,365) dan Bulgaria (RM644,456).

Sebelum ini, pengendali rangkaian mudah alih redONE Mobile (redONE) menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta kepada atlet Malaysia yang memperolehi pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Hadiah tersebut akan dibayar secara ansuran dalam tempoh 10 bulan sebagai sokongan jangka masa panjang kepada atlet tersebut selain akan diambil sebagai duta redONE selama empat tahun sehingga tibanya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terdahulu juga berkata, Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) juga akan menyediakan insentif kepada pemenang emas dengan memberikan RM1 juta manakala pemegang pingat perak pula akan diberikan sejumlah RM300,000 dan RM100,000 untuk gangsa.

Para atlet juga akan diberikan Skim Imbuhan Tetap Olimpik secara bulanan sepanjang hayat dengan jumlah RM5,000 (Emas), RM3,000 (Perak) dan RM2,000 (Gangsa).

Selain ganjaran wang tunai, atlet yang bakal mencipta sejarah negara turut ditawarkan sebuah kereta berjenama luar negara dan pangsapuri mewah bernilai RM1 juta di Setia Alam.

Setakat ini, Malaysia telah memenangi 13 pingat Olimpik sejak Tokyo 1964 terdiri daripada lapan perak dan lima gangsa namun belum pernah meraih sebarang emas.

Pada Olimpik Paris 2024 ini, seramai 26 atlet negara daripada sembilan jenis sukan tampil mewakili negara dalam acara gilang-gemilang yang telah membuka tirainya secara rasmi pada 27 Julai.

Antara sukan terlibat adalah terjun, renang, pelayaran, menembak, berbasikal trek, berbasikal lebuh raya, angkat berat, badminton, golf, memanah dan olahraga. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 11:01 AM | Show all posts
janji bagi banyak la dh taw takkan menang.. China dengan US kalau janji bg banyak jenuh nk bagi, atlet ramai
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:42 AM | Show all posts
hong kong ada dah sorg menang emas
acara pedang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.038316 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list