CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30371|Reply: 0

[Kedah] Bau busuk bongkar penemuan mayat warga emas

[Copy link]
Post time 30-7-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Bau busuk bongkar penemuan mayat warga emas


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





FOTO hiasan





Sungai Petani: Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Ria, di sini, hari ini membongkar penemuan mayat seorang wanita warga emas yang sudah mereput.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kematian warga emas terbabit jam 10.40 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada jiran mangsa, dia dimaklumkan oleh jiran berhampiran terdapat bau busuk dari rumah mangsa dan mengesyaki sesuatu mencurigakan.

"Saksi kemudian terus menghubungi polis dan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) ke lokasi kejadian dan mendapati pintu rumah berkunci.

"Anggota kemudian meminta bantuan pihak bomba untuk membuka pintu rumah berkenaan dan mendapati mayat wanita berusia 68 tahun dan masih bujang terbaring di atas tilam dalam keadaan reput dalam bilik utama rumah itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, menurut saksi lagi, kali terakhir dia melihat si mati kira-kira tiga hari lalu.

"Semakan mendapati si mati mempunyai rekod sakit darah tinggi, kelenjar tiroid bengkak dan rekod rawatan kali terakhir yang dilakukannya pada Mei lalu.

"Pemeriksaan pada mayat si mati di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah atau khianat," katanya.

Wan Azharuddin berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.



Disiarkan pada: Julai 30, 2024 @ 6:01pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.105246 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list