CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18683|Reply: 0

Hilang nikmat pancaindera, Iqbal bekerja guna ‘mata hati’

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:04 AM | Show all posts |Read mode




Takdir sudah tertulis, Iqbal Mazlan hilang penglihatan secara mengejut akibat jangkitan virus pada Mac tahun lalu.

Pada awalnya, pandangan matanya hanya kabur, namun fungsi pancaindera itu hilang sepenuhnya selepas bangun daripada tidur.

Reda dengan aturan takdir, Iqbal tidak melihat kekurangan itu sebagai satu kekangan untuk terus mara dalam bidang seni.

Berbekalkan azam dan semangat, bekas juara program Pilih Kasih itu beralih ke bidang pengarahan.

Dia yakin dapat menghasilkan karya terbaik dengan bantuan rakan baiknya, Aida Othman yang juga pengarah bersama 10 drama mini terbitan Just Work Entertainment.

“Saya bakal mengarah bersama Aida Othman. Dialah ‘mata’ saya ketika penggambaran.

“Saya akui, proses akan jadi agak rumit tetapi saya percaya, selagi ada usaha dan cara, semuanya boleh dilunaskan dengan baik.

“Menerusi projek drama pendek ini, saya keluarkan idea yang sudah lama tersimpan. Saya sudah ada gambaran untuk sesebuah babak, jadi Aida akan mengarah mengikut hasil perbincangan kami,” tutupnya.

Mengakui tugasan itu bukan mudah, Iqbal yakin mampu melakukannya memandangkan pernah bekerja belakang tabir.

“Kalau dikira, jumlah keseluruhan adalah 1,000 episod tetapi setiap episod berdurasi kurang dua minit. Drama pendek untuk media sosial.

“Kami akan melakukan penggambaran secara berterusan dan babak akan dipotong mengikut durasi ditetapkan. Soal pelakon, saya percaya kita mempunyai ramai bakat luar biasa yang tidak diketengahkan sebelum ini.

“Saya tahu kerana pernah mengarah iklan dan mula buat kandungan genre sama beberapa tahun lalu. Jadi, pengalaman itu ada. Lagi pula, team produksi sangat dinamik dan berkebolehan,” katanya.

Penglihatan terjejas

Melihat bola matanya yang sentiasa bergerak, mampu berjalan ke sana-sini dan pandai melakukan ‘eye contact’ membuatkan ramai tertanya-tanya sejauh mana kebenaran Iqbal hilang deria penglihatannya.

Fizikalnya tampak normal tetapi hakikatnya Iqbal, 35, kini masih dalam proses rawatan.

    “Saya bukan buta dari kecil. Saya buta disebabkan masalah pendarahan dan mata saya memang suka liar.

“Mata saya pandai mencari, mungkin ini kelebihan. Tidak mungkin saya nak bawa keluar surat dan tampal supaya orang tahu.

“Kalau ditanya mengenai kecil hati ataupun tidak dengan mereka yang sukar percaya, mungkin saya terlanggar dinding suatu hari nanti baru mereka percaya,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Iqbal mengakui ramai rakan-rakannya masih tidak percaya bahawa dia tidak dapat melihat dengan sempurna.

Sungguhpun begitu, hubungan dengan rakan-rakan berjalan seperti biasa dan dia tidak dipulaukan hanya disebabkan kekurangan tidak mampu melihat seperti orang biasa.

“Ramai orang cakap mata saya nampak macam normal. Mereka meragu bahkan dalam kalangan kawan-kawan terdekat pun ada.

“Mereka tanya kau nampak atau tak? Sebenarnya saya tak nampak cuma pendengaran saya memang tajam bila berada dalam keadaan macam ini,” ujarnya.

Impian

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Muhammad Iqbal Mazlan itu masih berharap penglihatan kembali pulih seperti sediakala dan itu merupakan satu impiannya.

“Saya masih berharap untuk dapat kembali melihat. Bohong kalau saya kata tak kecewa.

    “Saya kena ambil suntikan ubat terus ke biji mata untuk rawatan selepas ini,” ujarnya.

Ujarnya lagi, dia percaya dengan aturan Ilahi dan setiap yang berlaku dalam kehidupan pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Sebelum ini memang doktor cakap ada peluang untuk kembali pulih, tetapi selepas jumpa seorang pakar mata terkenal, macam tipis pula.

“Namun, saya tetap yakin dengan perancangan Tuhan,” katanya seraya menggulung perbualan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.338027 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list