CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37784|Reply: 9

[Tempatan] Dua pelajar Universiti Seoul mati lemas di Lubuk Kain

[Copy link]
Post time 24-7-2024 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Dua pelajar Universiti Seoul mati lemas di Lubuk Kain

https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... emas-di-lubuk-kain/

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
24 Julai 2024, 7:52 pm


Pasukan mencari dan menyelamat sedang mengangkat mayat Muhammad Danial Danish dan Nor Mukhriz yang maut akibat lemas di Lubuk Kain, Hulu Dungun hari ini.

DUNGUN – Keterujaan dua pelajar Universiti Seoul, Korea Selatan yang sedang bercuti berkelah bersama lima rakannya di kawasan perkelahan, Air Terjun Lubuk Kain, Hulu Dungun di sini hari ini berakhir tragedi apabila mereka maut akibat lemas.

Kejadian pada pukul 1 tengah hari itu meragut nyawa Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Nor Mohamad yang kedua-duanya berusia 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, insiden lemas berlaku tidak lama selepas dua mangsa bersama lagi rakan mereka yang berasal dari Kuantan, Pahang tiba di lokasi perkelahan terkenal tersebut.

“Dua mangsa (Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Nor Mohamad) dikatakan mandi di kawasan berbatu yang lebih tinggi bersama seorang lagi rakan mereka iaitu Mohd. Azim Azad, 20.

“Empat lagi rakan mangsa pula mandi di kawasan bawah air terjun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, tidak lama kemudian Muhammad Danial Danish, Nor Mukhriz dan Mohd. Azim dikatakan dihanyutkan oleh arus deras.

Tambah beliau, Mohd. Azim sempat berpaut pada pelampung yang dibaling pengunjung lain namun Muhammad Danial Danish dan Nor Mukhriz gagal diselamatkan lalu tenggelam ke dasar sungai tidak lama kemudian.

“Pasukan penyelamat menemui mayat kedua-dua mangsa di dasar sungai sedalam kira-kira 10 meter.

“Mayat mereka telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah pd famili
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak igt org Korea.. Takziah la pd family
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
SNU ke? Top ranking uni kalau betul.

Takziah kpd family. Sedih kehilangan anak ni lagi perit sbb parents expect akan meninggal dulu sblm anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:32 PM | Show all posts
Innalillah..takziah utk keluarga..igtkan mmg orang korea..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga roh dicucuri rahmat Allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 24-7-2024 09:54 PM
Minami2013 replied at 24-7-2024 09:20 PM
SNU ke? Top ranking uni kalau betul.

Takziah kpd family. Sedih kehilangan anak ni lagi perit sbb pa ...


Kodea bukan SNU
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:08 PM | Show all posts
“Pasukan penyelamat menemui mayat kedua-dua mangsa di dasar sungai sedalam kira-kira 10 meter."

Biasanya mayat orang lemas ni timbul.

Takziah pada yang kehilangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Reputz salah univ.. Korea University yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar, hilang pelajar cemerlang negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042377 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list