CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22832|Reply: 6

[Tempatan] Maybank jamin sistem, data pelanggan selamat

[Copy link]
Post time 24-7-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Maybank jamin sistem, data pelanggan selamat

https://www.freemalaysiatoday.co ... -pelanggan-selamat/

Bernama
24 Jul 2024, 02:52 PM


Maybank berkata transaksi dalam talian pelanggannya terus dilindungi, dengan pelbagai langkah membasmi penipuan dilaksanakan, termasuk penggunaan Secure2U

Sebelum ini terdapat dakwaan pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum laman web gelap.

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memberi jaminan bahawa sistemnya kekal selamat dan semua maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya meskipun terdapat dakwaan pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum laman web gelap.

Bagaimanapun, kami mengambil serius atas kebimbangan keselamatan ini dan terus memantau serta memastikan data kami dilindungi setiap masa, katanya dalam kenyataan di X.

Maybank, bank terbesar mengikut aset di negara ini berkata transaksi dalam talian pelanggannya terus dilindungi, dengan pelbagai langkah membasmi penipuan dilaksanakan, termasuk penggunaan Secure2U bagi mengesahkan transaksi serta tempoh masa agak panjang melibatkan transaksi berisiko tinggi.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan untuk terus berwaspada dan melindungi maklumat mereka.

Sila pastikan ID Pengguna, kata laluan dan butiran peribadi anda selamat, dan berhati-hati terhadap perisian hasad, mesej WhatsApp, laman pancingan data dan panggilan telefon yang meminta bukti kelayakan anda, katanya.

Terdahulu, platform dalam talian Lowyat.Net melaporkan bahawa pangkalan data yang didakwa mengandungi 22 juta maklumat pelanggan bank itu telah dijual di pasaran web gelap yang popular.

Pemuat naik itu ‘meminta’ bayaran USD18,000 dalam Tether/Bitcoin untuk pangkalan data itu, yang didakwa mengandungi antara lain nama dan kata laluan pelanggan, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 03:29 PM | Show all posts
sejak semalam meols ada terima 6-7 missed calls daripada random fixed line yach..kalau cek kat Truecaller app, keluar rhb insurance, bsn insurance, unicef yada yada...motif?? gigih sangat call2 orang yang meols tahu kompeni yang jual data orang ialah shopee. Selain itu, yang latest TEMU. Korang takyah la donlot temu tu iya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kot???
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:27 AM | Show all posts
parking dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
smlm pun ada dpt byk call. bila kita call semula, tk dpt plak. masuk nbox ke apa ntah.
moga dilindungi dari scammer ni. dlm acc mebenk duit gaji guna hari² je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:53 AM | Show all posts
boikot...boikot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 09:21 AM | Show all posts
Tak kan nak kena tukar ke hong leong bank atau public bank pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.041405 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list