CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23942|Reply: 3

Rita Rudaini Tegur Tindakan Alif Teega & Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Direman SPRM – ‘Nanti Ada Yang Fikir Kena Gari Seronok’

[Copy link]
Post time 23-7-2024 09:46 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman mereka ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.


Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, berpendapat perkata itu tidak patut dikongsikan kepada umum.








"Macam mana ya nak cakap, jangan jadikan benda tu normal kena gari. Kalau saya dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, saya boleh cakap ia adalah ‘satu pengalaman’ untuk saya rasa."


"Tak payahlah ulas, nanti ada yang tak boleh berpikir dan anggap benda kena gari‚ kena tangkap ni seronok nak cuba sebagai ‘pengalaman’."


Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Rita khuatir berkemungkinan timbul kes genarasi muda yang mencuri duit masjid hanya sekadar mahu merasai pengalaman digari.


"Jangan pula Iepas ni dengar, ada adik-adik saja-saja pergi curi duit masjid sebab nak rasa kena gari, pengalaman katanya. Pungah! Hati-hati bila berkata-kata, tak semua orang pandai hadam."


Terdahulu, Alif dan isterinya, Aisyah berkongsi mengenai pengalaman mereka berada dalam tahanan reman SPRM menerusi siaran langsung (live) di TikTok baru-baru ini.


Sebelum ini, media melaporkan SPRM menahan empat suspek termasuk pasangan berkenaan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.


Bagaimanapun, kesemua suspek yang ditahan reman dibebaskan 16 Julai lalu selepas tempoh tahanan reman berakhir.


Menurut sumber, empat suspek itu diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.


Sumber: OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ni TT memang nak kena buat benang lain² ye utk tiap orang yg tegur laki bini ni? dorang ni retis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
memang betullah larva kuning laki bini ni influencer. Influence benda x elok kat netizen
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 08:13 PM | Show all posts
sokong je acik rita... boikot je makluk perosak dedua laki bini annoying ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037343 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list