CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16714|Reply: 3

Khawarij

[Copy link]
Post time 23-7-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Sejak beberapa bulan dan tahun ini makin rancak perkataan Khawarij digunakan terhadap sesuatu kumpulan.   Apa dia khawarij?  Ramai yang tahu definasi ini tapi adakah kita termasuk pemikiran khawarij?  Adakah kita sedar atau tidak sedar?

Mengikut definasi umum dan mudah, khawarij (khariji, kharijites) ialah golongan yang menyatakan hanya kumpulan mereka sahaja yang betul, manakala kumpulan selain mereka adalah salah dan mesti dilawan (perang).

Di zaman ini, contoh kumpulan yang dikatakan khawarij adalah ISIS sebab sifat mereka yang akan melawan kumpulan Islam dan orang Islam yang tidak bersama mereka.  Dimasa sama mereka juga melawan dengan kuasa besar kafirun.  Tetapi mereka juga ada alasan bila kumpulan Islam yang mereka lawan itu dikatakan bersama berkawan dengan kafirun.  Contoh kumpulan ain boleh pikir dah.

Kumpulan khawarij dalam Islam mula wujud semasa pemerintahan Saidina Uthman dan terus bersambung hingga kini dengan nama lain.  Mereka menentang Saidina Uthman dan mahu Saidina Ali sebagai khalifah.  Bukan semua penyokong Saidina Ali adalah khawarij, tapi sebahagian.  Selepas Saidina Ali wafat, muslimin berpecah dua dengan satu kumpulan mengangkat Saidina Hasan sebagai khalifah tetapi mendapat tentangan dari penyokong Muawiyah.  Untuk mengelakan perpecahan dan perang, Saidina Hasan telah menyerahkan khalifah dan berbai'ah kepada Muawiyah.  Selepas itu kumpulan khawarij jadi lebik extreme dan kemudian disebut sebagai Rafidhi (pembenci sahabat) dan kini jadi mazhab shiah.  Ini sebenarnya berasal dari perpecahan politik, tak ada kaitan dengan tauhid dan fekah. Tapi lastnya jadi perpecahan fekah dan tauhid disebabkan rujukan hadith dari sahabat telah ditolak oleh shiah.

Jom kita fikirkan adakah kita ada unsur-unsur khawarij.  Adakah pemikiran dibawah ini bersifat khawrij? Contohnya:
1.  Hanya menerima aliran Asyairah dan Maturidiah sebagai ASWJ dan menghukum aliran lain terutamanya Athariyyah sebagai sesat dan masuk neraka.
2.  Menghukum sesat dan masuk neraka kepada kumpulan yang mengamalkan fadail amal yang khilaf (bukan palsu).
3.  Menyatakan aliran yang mentakwil lafaz yang mutasyabih sebagai sesat dan masuk neraka
4.  Menyatakan kumpulan politik mereka boleh masuk syurga.  Parti lain masuk neraka.
5.  Baca qunut nazilah dalam parlimen selepas kawan kena gantung.
6.  Mengatakan orang yang duduk dalam parti politik nama Islam sebagai khawarij.  Sebab entah apa macam-macam....

Harap tak kena MCMC....  sekian untuk hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Khawarij pertama - jawatan amir al-mukminin i.e. politik/pentadbiran

Seterusnya - penentuan tingkat iman i.e. sebelum wujud rukun iman utk membezakan kafir dgn mukmin. Masa ni agama rasmi 'Islam' pun belum wujud.

Kemudian hingga kini - idea/pendapat i.e. semua bidang

Khawarij drpd kata khuruj i.e. keluar dprd perkumpulan/jemaah/qariah utama/mainstream.

Gelar khawarij sebelum terbentuk mazhab baru, dah bentuk mazhab maka, bukan lg khawarij. Cth: Syiah, muktazilah, sufi, brelvi, deobandi, ahmedi, wasabi, etc.

Pokoknya, jawatan dan takfiri (menafikan jemaah).

Walhal asbab keluar kerana tiada kesepakatan - simple.

Byk model sains sosial boleh pakai; konservatif, fasis, reformis, org muda/tua, puak penentang, republikan, demokrat, sekular reformis, liberal, leftis/kiri, sosialis, komunis, nasional sosialis, nasionalis, etc.

Cth: Syiah dianggap mukmin bila mereka serang pengganas zionis di yaman dan jordan-syria. Takbir!

Khen?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2024 11:22 AM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 24-7-2024 06:31 PM
Khawarij pertama - jawatan amir al-mukminin i.e. politik/pentadbiran

Seterusnya - penentuan tingkat ...

Yang ini menarik:
Gelar khawarij sebelum terbentuk mazhab baru, dah bentuk mazhab maka, bukan lg khawarij. Cth: Syiah, muktazilah, sufi, brelvi, deobandi, ahmedi, wasabi, etc.

Dalam banyak contoh itu cuma 2 sahaja yang pernah atau ada declare combat.  Mazhab Syiah dan mazhab salafi jihadi.  Contoh jihadi salafi ialah JI, ISIS, Al-Qaeda.  Kalau ikut pandangan seorang pegawai kanan polis, salafi jihadi biasa dia katakan wahabi secara umum.  Maka terpalit semua yang beraliran salafi, hanabilah, athariyyah pun digelar wahabi teroris.  Hanya sebab satu definasi dari team aswaja yang berpengaruh, maka akan jadi modal untuk aliran mereka.

Muktazilah masa akhir pemerintahan Abasiyah adalah aliran utama.  Mufti dari fahaman muktazilah.  Orang macam kita mungkin hanya tahu nama muktazilah tapi sebenarnya tak tahu bagaimana yang dikatakan muktazilah.  Imam Ahamad Hambal dipenjara kerana tidak bersetuju dengan fatwa Al-Quran adalah makhluk.  Kita yang belajar dari kecil mungkin pun kata Al-Quran bukanb makhluk.  Tapi bila dengar bahas muktazilah, sesilap kita pun ada unsur muktazilah.  Sebabnya ada hadith sahih yang menggambarkan Al-Quran sebagai makhluk:
Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak. Lalu ia berkata : Wahai Tuhan pakaikanlah (pakaian) kepadanya. Maka orang tersebut dipakaikan mahkota kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan,tambahkanlah. Maka orang tersebut dipakaikan dengan pakaian kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata : Wahai Tuhan redhalah terhadapnya. Maka Allah pun redha kepada orang tersebut. Disebut kepadanya : Bacalah Al-Quran dan naiklah.  Maka ditambahkan bagi setiap ayat satu kebaikan.”  Riwayat Al-Tirmizi (2839)

Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya.” Riwayat Muslim (1910)

Boleh rujuk:  https://muftiwp.gov.my/ms/artike ... l-quran-itu-makhluk

Mungkin masa Muktazilah memerintah, Imam Ahmad dianggap khawarij.
Muktazilah juga mungkin dikatakan khawarij bila yang tak setuju dengan dia kena sebat dan penjara.

Fahaman lain macam sufi, brelvi, deobandi, ahmedi, ini lebih kepada aliran tasawuf yang pelik macam yang dikatakan dalam RUU Mufti.  Rasanya tak ada ancaman combat dari group ni.  Tapi group yang ini juga lah yang paling pandai collect duit tabung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 25-7-2024 11:22 AM
Yang ini menarik:

Dalam banyak contoh itu cuma 2 sahaja yang pernah atau ada declare combat.  Maz ...

Combatants kalu takyah jauh², #throwback amanat presiden PAS dgn kisah memali; 1. Jawatan (pru86), 2. Takfiri (umno).

Tak semua kepala khawarij keluar fatwa 'halal darah'. Tapi sentimen awam sbg penentu kecenderungan sesuatu kumpulan (populis).

Dah banyak perkumpulan yg claim konservatif jd fasis sbb teringin kekal jawatan dan/atau mengeluarkan sebahagian kecil jemaah dia yg menentang kepala.

P/s: Kerajaan extend lagi usia pencen kalu, amok penjawat awam. Sambung kontrak je le sampai kiamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036963 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list