CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22993|Reply: 4

[Tempatan] Cukuplah PAS jadi ‘kuli batak’ Bersatu, kata veteran Umno

[Copy link]
Post time 22-7-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Cukuplah PAS jadi ‘kuli batak’ Bersatu, kata veteran Umno

https://m.malaysiakini.com/news/712678

Diterbitkan:  Jul 22, 2024 9:40 AM
Dikemaskini: 9:40 AM



Veteran Umno hari ini mendakwa bahawa Bersatu tidak mampu bertanding atas kekuatan sendiri tetapi terpaksa menumpang kekuatan sekutunya, PAS.

Dalam satu kenyataan, setiausaha veteran Umno, Mustapha Yaakub atas sebab itu dalam pilihan raya kecil PRK Nenggiri pada 17 Ogos ini, Bersatu terpaksa menggunakan logo PAS.

“Bersatu tidak berani menggunakan logonya atau logo PN di Nenggiri kerana mereka tahu penyokong PAS tidak akan mengundi calon Bersatu.

“Tapi dengan menggunakan logo PAS maka Bersatu boleh bermain silap mata dengan pengundi PAS,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Naib Presiden Bersatu Mohd Radzi Md Jidin memberi alasan Perikatan Nasional menggunakan logo PAS untuk mengekalkan strategi yang digunakan pada pilihan raya umum lalu.

Mengulas lanjut, Mustapha mendakwa perkara sama  berlaku semasa pilihan raya umum ke-15 apabila Bersatu memenangi beberapa kerusi di Kelantan dengan sokongan PAS.

“Sebab itu dalam PRK Nenggiri Bersatu terpaksa menggunakan logo PAS dengan alasan Bersatu adalah komponen Perpaduan Nasional.

“Berbeza dengan PRK Sg Bakap walaupun calonnya dari PAS tetapi mengguna logo PN,” kata Mustapha.

Pada pilihan raya umum 2022, sekurang-kurangnya dua calon Bersatu, Ikmal Hisham Abdul, dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menggunakan logo PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Kelantan.

Kedua-dua mereka menang masing-masing di kawasan Parlimen Tanah Merah dan Machang.

Justeru, Mustapha menyeru pengundi PAS supaya menolak calon Bersatu.

“Cukuplah dengan menjadi 'kuli batak' kepada Bersatu.

“Pengalaman bekas wakil rakyatnya yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim jelas membuktikan bahawa gagasan PN tidak mampu mentadbir Kelantan tanpa bantuan kerajaan pusat,” katanya lagi.

PRK Nenggiri tercetus selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN itu kosong berikutan Bersatu mengumumkan keahlian Mohd Azizi Abu Naim terhenti pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian menetapkan pengundian pada 17 Ogos, dengan penamaan calon pada 3 Ogos dan pengundian awal pada 13 Ogos.

Umno telah menamakan Ketua Pemuda Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil itu manakala calon PN belum diumumkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Veteran betul atuk ni. Bila nak berenti mencapub?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 08:00 AM | Show all posts
memang betul pun... menunggang je kerja.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah dlm politik tunggang menunggang tu perkara biasa. Open secret Dan x de sapa pedulik pun.

Mls nak bg cth tp korang sendiri pun blh pk sapa penunggang2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 08:47 AM | Show all posts
Bersatubohh...lobai asyik kena sontot je...siannn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.166869 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list