CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27855|Reply: 7

[Jenayah] 3 jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan

[Copy link]
Post time 16-7-2024 09:39 PM | Show all posts |Read mode
MUTAKHIR

3 jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan

BERNAMA



GAMBAR hiasan


Kuala Lumpur: Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lalu.

Erwanshah Mohd Ali Syafie, 26, Mohammad Fauzi Baladius, 22, dan Jaidy Tahir, 23, yang kesemuanya berambut panjang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja-T ketat, didakwa merompak beg sandang mengandungi dokumen dan wang tunai RM1,500 milik Mohamad Zulhilmie Ongkim, 26, di belakang sebuah kelab malam di Jalan Peel Off Jalan Shelly, Wangsa Maju di sini pada 5.20 pagi, 10 Julai lalu.

Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Namun peguam Adila Aziz yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya yang bekerja sebagai jurusolek bebas tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim Dr Azrol Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan kes.

Disiarkan pada: Julai 16, 2024 @ 5:19pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idakwa-rompak-rakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambar MUA tu?


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-7-2024 09:43 PM
Mana gambar MUA tu?

X de nok. Utk melindungi maruah dan kehormatan diri tertuduh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa…masuk sini sebab nak tgk pic diorang je…menjadi ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaa..xde gmbo kee..
Baru nk cerca
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:00 AM | Show all posts
wanita berloceng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang dirompak tu tulen ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok nama pemangsa dan mangsa, hada bau2 Sabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043282 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list