CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20859|Reply: 16

[Tempatan] Bursa Malaysia terus meningkat selepas cecah paras tertinggi tiga tahun

[Copy link]
Post time 16-7-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Bursa Malaysia terus meningkat selepas cecah paras tertinggi tiga tahun
Oleh BERNAMA - Julai 16, 2024 @ 10:57am


Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 294 berbanding 272 - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia yang ditutup tinggi semalam, paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, meneruskan peningkatan pada awal dagangan hari ini, dibantu oleh minat belian berterusan dan prestasi positif semalaman Wall Street.

Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 1.91 mata kepada 1,631.73.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 294 berbanding 272, dengan 376 kaunter tidak berubah, 1,503 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Hong Leong Investment Bank berkata, ia boleh berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk melepasi paras 1,632, paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, sebelum berlegar pada paras antara 1,660 hingga 1,676.

"Susulan optimis terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada September depan, pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia, peningkatan pelaburan langsung asing dan pembinaan infrastruktur ditambah dengan kerancakan dalam tema pelaburan, FBM KLCI dijangka melepasi paras rintangan menembusi jangka pendek pada 1,632, sebelum berada pada paras rintangan lebih tinggi antara 1,660 hingga 1,676," kata bank itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB menambah dua sen kepada RM14.50 manakala Public Bank, CIMB dan IHH Healthcare meningkat satu sen masing-masing kepada RM4.14, RM7.19, and RM6.35, Petronas Chemicals kekal tidak berubah RM6.06 sementara Maybank dan Press Metal merosot dua sen masing-masing kepada RM10.12 dan RM6.01.

Dalam kalangan kaunter paling aktif, Bintai Kinden dan Velesto melonjak satu sen masing-masing kepada 12.5 sen dan 24 sen, MLabs naik 3.5 sen kepada 24 sen, WCT meningkat kepada lapan sen kepada RM1.19, Ekovest menokok 0.5 sen kepada 52 sen, JAKS tidak berubah pada 17.5 sen, Harvest berkurangan satu sen kepada 8.5 sen dan Ahmad Zaki Resources turun 0.5 sen kepada 34.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.54 mata kepada 12,636.35, Indeks FBMT 100 meningkat 4.66 mata kepada 12,205.94, Indeks FBM Emas Shariah menambah 7.41 mata kepada 13,017.99, Indeks FBM 70 naik 18.73 mata kepada 18,868.67 dan Indeks FBM ACE merosot 16.06 mata kepada 6,006.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.22 mata kepada 17,944.49, Indeks Perladangan menambah 12.10 mata kepada 6,975.73, Indeks Tenaga melonjak 2.88 mata kepada 973.95, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan jatuh 0.03 mata kepada 201.63.

-BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa paham significant patung beruang ngn lembu jantan depan bskl tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 16-7-2024 11:33 AM
Sapa paham significant patung beruang ngn lembu jantan depan bskl tu?

Bullish vs bearing.

Bullish menaik
Bearing menurun
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 16-7-2024 11:36 AM
Bullish vs bearing.

Bullish menaik


Bull vs bear market

Saya br 10credit tipoo tipoo
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 12:04 PM | Show all posts
OK baru check. Ada lah huntong dalam 100k++ yang rugi pun hade namun tetap Alhamdulillah rezeki tak salah alamat... Syukurr

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 12:23 PM | Show all posts
Ehh japppszz...bukan aritu kat Parlimen Abahcow kata hekonomi Msia dah nak melingkop ka???






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 16-7-2024 11:36 AM
Bullish vs bearing.

Bullish menaik

teringat masa economic downturn 1997. hari2 keluar tv advert bull charging something, tak ingat apa. tagline dia ‘malaysia is bullish in bouncing back!’ bagus gak gomen that time nak calm down emosi rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 16-7-2024 12:23 PM
Ehh japppszz...bukan aritu kat Parlimen Abahcow kata hekonomi Msia dah nak melingkop ka???



segalanya elok2 jer selepas prk sg bakap.Mohon kalah lg prk kt klate nt..supaya saham bskl naik2 belaka....seterusnya melonjakkan ekonomi negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 12:47 PM | Show all posts
Skuau replied at 16-7-2024 12:37 PM
segalanya elok2 jer selepas prk sg bakap.Mohon kalah lg prk kt klate nt..supaya saham bskl naik2 b ...

sblm sg bakap pun elok ja..

ekonomi negara dlm proses pemulihan lepas jatuh teruk zaman Abahcow bapak pkp rakyat smpai kena kibar bendera putih,korek kwsp sbb x cukup makan..


walaun bodoh je yg kuat auta ckp rakyat susah la ekonomi merudum la..padahal yg susah tu geng PNyamun Nasional sbb skrg dah takleh menyakau  mcm dulu (baca:Janawibawa)

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 02:29 PM | Show all posts
Skuau replied at 16-7-2024 12:37 PM
segalanya elok2 jer selepas prk sg bakap.Mohon kalah lg prk kt klate nt..supaya saham bskl naik2 b ...

Ha ha ha... pengundi sg bakap tu kenal ka bskl tu apa?

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 11:13 AM | Show all posts
bagusla..harap harap naikla sampai iol boleh buat untung sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
yenil95 replied at 23-7-2024 11:13 AM
bagusla..harap harap naikla sampai iol boleh buat untung sikit.

Dah rugi teruk masa covid dan 1mdb dulu.

Adoii...belum realized loss je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 16-7-2024 12:47 PM
sblm sg bakap pun elok ja..

ekonomi negara dlm proses pemulihan lepas jatuh teruk zaman Abahcow b ...

Betul² Terseksa zaman Abahcow.

Zaman Najib trapped dlm middle income economy.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 02:44 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-7-2024 11:44 AM
Dah rugi teruk masa covid dan 1mdb dulu.

Adoii...belum realized loss je.

iol beli masa dorg listed. Analisis kata company ni bagus..
Dah jadi tapai iol peram..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-7-2024 11:46 AM
Betul² Terseksa zaman Abahcow.

Zaman Najib trapped dlm middle income economy.


Zman Abahcow smpai kena kibar bendera putih sbb takde makanan,..telur,ayam selalu takde..harga barang naik..mcm tu pun walaon walaontit kata Abahcow baguss.tak paham aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 07:47 PM | Show all posts
tentunya benang gini x dapat sambutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2024 08:14 PM | Show all posts
Tahniah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.040384 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list