CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47155|Reply: 0

[Kedah] KEDA lahir graduan tahfiz berkemahiran

[Copy link]
Post time 14-7-2024 05:28 PM | Show all posts |Read mode
KEDA lahir graduan tahfiz berkemahiran

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

14 Julai 2024 04:46pm








Rubiah ketika berucap pada Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary pada Ahad.




ALOR SETAR - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melahirkan graduan tahfiz berkemahiran menerusi Pengajian Tahfiz TVET@kolej KEDA 3.0.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, KEDA memperuntukkan sebanyak RM312,000 bagi tujuan itu membabitkan seramai 152 pelajar dari 15 pusat tahfiz terpilih di Kedah sejak 2021.



Menuurut beliau, Kolej KEDA memperuntukkan sebanyak RM175,000 untuk Tahfiz TVET@Kolej KEDA 3.0 dengan melibatkan 80 pelajar dari 10 pusat tahfiz pada tahun ini.

"Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA 2.0 bermula pada Julai hingga Disember 2023 dengan 30 pelajar dari enam pusat tahfiz," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary di sini pada Ahad.

Jelas beliau, Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA merupakan sebuah program pengajian kemahiran jangka pendek yang telah dirangka secara khusus kepada pelajar tahfiz dalam menyediakan modal insan berkemahiran untuk mengharungi alam pekerjaan kelak.

Katanya, tempoh bagi program ini adalah selama enam bulan dengan menggunakan modul yang dirangka secara modular agar latihan yang diberikan berkesan dalam tempoh ditetapkan.

"Kemudahan percuma kepada pelajar tahfiz turut disediakan oleh Kolej KEDA seperti peralatan dan bahan pembelajaran, makan minum dan juga penginapan," katanya.




Muhammaz Muzzakir menerima Anugerah Tokoh Graduan Terbaik 2022 pada Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary pada Ahad.




Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Graduan Terbaik 2022, Muhammad Muzzakir Salleh, 24, dia bersyukur dan berasa amat bertuah berpeluang pendidikan di Kolej KEDA.

Menurut graduan dalam bidang Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara itu, Kolej KEDA dilengkapi dengan infrastruktur dan peralatan terkini bagi memudahkan mereka untuk menjalani latihan.

Muhammad Muzzakir yang merupakan pegawai penilai di Institut Kemahiran Tinggi di Jerantut, Pahang berkata, beliau merancang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sambil bekerja selepas ini.






Shuhaili bergambar bersama ahli keluarganya selepas Majlis Graduasi Kolej KEDA ke-12 di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary pada Ahad.




Bagi penerima Tokoh Akademi Terbaik 2019 dan 2020, Shuhaili Romzi, 25, berkata, beliau berasa seronok dapat belajar bidang Teknologi Kulinari di Kolej KEDA yang memiliki bengkel dan kemudahan sekali gus memudahkan sesi pembelajarannya.

Sebelum ini, seramai 593 orang graduan akan menerima sijil masing-masing yang menghimpunkan graduan dari tahun 2019 hingga 2023.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list