CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39444|Reply: 0

[Pulau Pinang] KKM perlu tegas pantau 'taktik' mesin layan diri jual vape

[Copy link]
Post time 14-7-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode
KKM perlu tegas pantau 'taktik' mesin layan diri jual vape


Zuhainy Zulkiffli[email protected]




GAMBAR hiasan





Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan undang-undang sekali gus memantau operasi mesin layan diri menjual rokok elektronik (vape) di negara ini.

Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata, pihaknya kesal mengenai taktik penjualan vape menerusi mesin layan diri seperti yang tular di aplikasi X, baru-baru ini.

"Jika tidak ada undang-undang atau peraturan, mesin layan diri yang menjual bahan itu akan terus berada di semua tempat.

"Walaupun ia adalah kaedah baru yang diperkenalkan, beribu-ribu kedai, gerai, restoran, pasar mini dan premis kaki lima menjual barangan berkenaan.

"Ada yang menjual secara secara sah, tanpa lesen dan menerusi tinjauan CAP mendapati pelajar mudah membelinya secara dalam talian," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Subbarow berkata, KKM perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan supaya tidak memberi lesen kepada kedai baharu dibuka berhampiran kawasan perumahan dan sekolah yang didapati menjual vape dan rokok elektronik.

Menurutnya, individu yang melanggar peraturan perlu didakwa di mahkamah dengan tiada kompaun dikeluarkan.

"Jika peraturan baharu itu dilaksanakan lebih awal, ia bakal menyelamatkan beribu-ribu generasi muda.

"CAP mengalu-alukan janji Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengenai peraturan larangan berkaitan penjualan semua produk merokok yang akan diperkenalkan.

"Justeru, CAP juga meminta beliau mengotakan janjinya berikutan situasi vape dan e-rokok dalam kalangan remaja serta murid kini berada pada tahap kritikal," katanya.

Jumaat lalu, KKM menerusi kenyataan memaklumkan pengurusan sebuah pusat membeli-belah menutup operasi mesin layan diri penjualan rokok elektronik di premis terbabit, selepas ianya tular.

Selain itu, KKM juga bakal menguatkuasakan sepenuhnya peraturan dan perintah di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), pada Ogos ini.



Disiarkan pada: Julai 14, 2024 @ 2:38pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031318 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list