Minggu ini kita dikabarkan berkenaan RUU Mufti telah diluluskan di Dewan Rakyat. Walaubagaimanapun, ini baru peringkat Dewan Rakyat. Akan ada bahas di Dewan Negara dan seterusnya oleh Majlis Raja-Raja. RUU ini sebenarnya belum diluluskan sebagai Undang-undang, tapi dah banyak bunyi dah. Cuma belum peringkat takfiri.
Dalam RUU ada dinyatakan untuk mentakrifkan ASWJ di Malaysia adalah yang mengikut aliran Asya'irah dan Maturidiyah. Jadi, bagaimana pula aliran Athariyyah (atau Hanabilah/Hambali)? Adakah perlu disingkirkan dari pengajian di Malaysia? Tapi, apa itu Athariyyah? Asyairah/Maturidiyah?
Saya juga kadang-kala pelik sebab ada yang mengakui ikut aliran Asya'irah tapi bila ditanya maksud istiwa, tangan, kaki, kursi dan sebagainya, jawapan diberikan macam Athariyyah. Yang lagi peliknya, quburiyun pun mengaku Asya'irah dan menyesatkan Athariyyah.
Secara ringkas dan mudah, Asyairah/Maturidiyah ini yang belajar sifat 20. Menggunakan takwilan untuk beberapa lafaz walaupun bukan semua.
Sementara Athariyyah tidak menetapkan makna yang khusus bagi sesuatu lafaz dan menyerahkan maknanya kepada Allah.
Yang mana satukah manhaj anda? Asya'irah atau Maturidiyah atau Athariyyah.
Tambahan sedikit hari ini ......
Kenapa timbul perbahasan di luar Dewan Rakyat? Sebabnya ialah, di Dewan Rakyat tu penuh ahli politik dan ahli politik yang layak berbahas tajuk ini mungkin tidak hadir atau fokus pada perkara lain. Jadilah sekarang bahas RUU di media sosial.
Bahagian yang jadi issue ialah definisi Ahli Sunah Waljamaah pada Bahagian II, Mufti dan Timbalan Mufti
4) Bagi maksud seksyen ini, "Ahli Sunah Waljamaah" ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan al-Quran dan Sunah:
(a) Berkenaan dengan akidah, yang mengikut pegangan yang bersumberkan daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah;
(b) Berkenaan dengan syariah, yang mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali atau ijtihad hukum yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa; dan
(c) Berkenaan tasawuf, yang mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.
Bahagian II, 4, a); tidak disebut mazhab Athariyyah.
mengikut artikel Dr Dr Mohd Hasrul Shuhari (Prof Madya, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam Harian Metro online.
Jika timbul persoalan kenapa hanya disebut al-Asyairah dan al-Maturidiyah di dalam undang-undang, maka perlu difahami, mana-mana aliran yang tidak dinisbahkan kepada al-Asyairah dan al-Maturidiyah, tetapi tidak bercanggah usulnya dengan kedua-duanya seperti al-Hanabilah dan seumpamanya yang bercirikan tafwid makna dalam isu sifat-sifat Allah SWT dan tidak mengkafirkan umat Islam dalam perkara khilafiyyah maka tetap boleh dianggap ASWJ. Maka, dalam undang-undang sudah memadai hanya sebut al-Asyairah dan al-Maturidiyyah kerana perbezaan dengan al-Hanabilah hanya perkara cabang agama sahaja.
Masaalahnya, pandangan ini bukan undang-undang. Undang-undang ialah apa yang ditulis di akta. Jika RUU ini jadi Akta, penguatkuasaan boleh dibuat ke atas selain dari Asya'irah dan Maturidiyah.
Untuk bincang berkenaan Asya'irah, Maturidiyah dan Athariyyah ini, inshaAllah, saya akan buka thread lain di masa depan. Sebab bahas berkenaan ini akan bermula mudah tapi akan jadi berat jika dilanjut ke waktu hadapan.
Ilmu kalam, theology, sifat 20, tauhid trinitas (uluhiyah, rububiyah, asma wa sifat), etc.
- ini semua bukan utk org awam maka, keluarkan drpd silibus pedagogi kebangsaan.
Spt perlembagaan di Madinah dek ahli kitab (people by the book/ikut silibus sekolah dia), tak mahu turut i.e. khianat.
P/s: Melobi doktrin adalah di bawah tata kelola ketua jabatan melalui org² jabatan dia. Setiap agamawan bermajikan (gomen/private servant) yg teringin jawatan kena akur. Sbb bukan semua umat islam di Malaysia keluar mengundi. Majlis ulama lah yg lebih awal kena buat muktamar spt di Chechen dolu² sblm org jabatan usul. Jika RUU green light, insyaallah bakal tertegak serambi al-azhar di bumi melayu ini.
Post time 8-8-2024 02:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ussopp replied at 7-8-2024 11:55 AM
saya tak faham. ahlisunnah wal jamaah itu syaratnya apa menurut tuan.
Ungkapan tersebut
'ahli sunnah wal jamaah'
Jama' maksudnya sepakat/collective
cuma sunnah siapa, tak sure?
- atau sunnah si dia yg meletakkan syarat?
Cth: Sunnah (resmi/resam) melayu ikut padi, lebih tunduk lebih berisi.
- org melayu tak pernah bentang RUU atau syarah berjela padi yg mcm mana or yg mana satu (tunggal).
Pokok dia, kesepakatan.
- i.e. yg berlawan dgn perpecahan.
Jika dikembalikan kpd Quran ada dua:
- surat 23 al-mukminun
- surat 40 al-mukmin (pengampun/ghafir)
Kenapa takdak yg berani kata mukmin?
Lebih tunduk dgn kata sunni?
- or lebih tak selamat-sejahtera-tenteram utk kata muslim?
Nampaknya bahas RUU Mufti ni belum selesai.
Tapi ada satu group tu dah declare menang sebab dia kira majoriti.
Sebenarnya Islam bukan bergantung kepada majoriti. Kebenaran adalah hak walaupun 10 orang dalam dunia yang mengamalkannya. Kita tunggu saje Pembacaan Kedua RUU Mufti untuk dengar kalau ada pembaharuan. Nak debat kat sini pasal ni pun tak tahu apa yang akan dibentangkan nanti.
RUU bukan sekadar garis panduan. Ia adalah Akta sebab itu dibentang sebagai Rang Undang-Undang. Kalau setakat garis panduan, JAIS ada banyak. Dan akan ada penguatkuasaan atas sesuatu Akta. Kalau seorang tu pilih untuk tak ikut geng sifat 20, adakah ini akan jadi satu jenayah? Adakah Raja Perlis akan di nyah takhta sebab dia punya mufti athariyyah/hanabilah?
Post time 27-10-2024 05:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ibnur replied at 27-10-2024 02:09 PM
RUU bukan sekadar garis panduan. Ia adalah Akta sebab itu dibentang sebagai Rang Undang-Undang. ...
Ofkos mana² RUU berkenaan penjawatan jawatan awam dlm persekutuan tak melibatkan YDP Agong - hanya gomen servants (موظف حكومي). Malaysia tak sama dgn Brunei yg ada immunity (kekebalan royale) dan semua lantikan kabinet persekutuan dan setiap jawatan di Malaysia tak perlu persetujuan (veto YDPA) i.e. hanya ikut nasihat partisan (jawatan PM), ikut nasihat PM (jawatan kabinet) dan ikut nasihat ketua jabatan (jawatan awam).
Berkenaan silibus sekolah dan dasar pendidikan kebangsaan (persekutuan nasionalis), belum dibuat RUU lagi - masih sekular nasionalis. Ofkos bukan bidang kuasa mufti wilayah.
Pokoknya, RUU mufti wilayah ni perincian resume bakal penjawat awam tertinggi agama di WP.