CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22512|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Separuh jiwa sudah pergi, perlu kuat demi Adik' - Nurain

[Copy link]
Post time 11-7-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode
'Separuh jiwa sudah pergi, perlu kuat demi Adik' - Nurain


Zuhainy Zulkiffli[email protected]





NURAIN. FOTO Mikail Ong





Georgetown: Ibu kepada dua kanak-kanak yang termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus menafikan anak keduanya pula meninggal dunia, hari ini.

Nurain Hasnorizal, 25, berkata Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, dia mengetahui khabar angin itu menerusi tangkap layar komen warganet di media sosial yang dihantar adiknya.

"Adik saya hantar (tangkap layar) menerusi aplikasi WhatsApp dan bertanya sama ada Muhammad Luth sudah meninggal dunia.

"Ketika itu saya berada di perkarangan hospital, lantas menghubungi doktor bagi mendapatkan pengesahan.

"Doktor menafikan dan memaklumkan keadaan anak saya masih sama serta sedang dirawat," katanya ketika ditemui di perkarangan HPP, di sini.

Nurain berkata, perkara itu amat melukakan hatinya sebagai ibu dan menyebabkan dia bertambah runsing.

"Saya faham ramai yang mengikuti perkembangan pemulihan adik (Muhammad Luth), tetapi jangan sebar khabar angin (tidak benar) seperti ini.

"Sebaliknya, saya mohon semua berdoa mengenai kesejahteraan anak saya," katanya yang kembali ke HPP pada 2 pagi tadi untuk melihat perkembangan anak keduanya pula.

Katanya, urusan pengebumian Muhammad Akil, semalam berjalan lancar dan dia amat gembira kerana ramai yang hadir.

"Seolah-olah separuh jiwa saya sudah 'pergi' bersamanya, namun saya perlu kuat demi Muhammad Luth.

"Saya melawat Muhammad Luth sekitar jam 8 pagi tadi dan keadaannya masih sama serta tiada pergerakan.

"Seperti abang, saya juga berbual dengan Muhammad Luth. Rasa mahu peluk adik, tetapi tidak boleh kerana badannya dipenuhi wayar (rawatan). Saya hanya dapat cium tangan dan pipinya bagi melepas rindu," katanya.

Mengenai seorang lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan, Nurain berkata, dia menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

"Tiada apa yang boleh saya katakan, semuanya saya serah kepada siasatan polis. Di kampung sudah lakukan persiapan kenduri doa selamat bagi semuanya," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Muhammad Akil dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Baling pada 9.45 malam.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik itu kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Ahad lalu.



Disiarkan pada: Julai 11, 2024 @ 4:43pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.038938 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list