CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8969|Reply: 0

Sepanyol ke final Euro 2024

[Copy link]
Post time 11-7-2024 07:51 AM | Show all posts |Read mode


Pemain Sepanyol meraikan kejayaan mereka ke final Euro 2024 selepas menewaskan Perancis di Munich Football Arena dekat Munich. - AFP

MUNICH: Sepanyol bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perancis 2-1 sekali gus menempah tiket ke final Euro 2024, sebentar tadi.

Pada aksi di Alllianz Arena itu, Perancis terlebih dahulu di depan apabila Kylian Mbappe yang tidak lagi memakai pakai topeng muka selepas mengalami patah hidung melakukan hantaran kepada Randal Kolo Muani yang menanduk masuk gol seawal minit kelapan.

Ia adalah gol pertama Perancis menerusi permainan terbuka dalam kejohanan kali ini.



Reaksi Lamine Yamal berjaya menyamakan kedudukan buat Sepanyol pada minit ke-21. - Foto AFP

Bagaimanapun, Lamine Yamal berjaya menyamakan kedudukan buat Sepanyol pada minit ke-21 selepas dia melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti sekali gus menjadikan pemain berusia 16 tahun itu pemain termuda yang menjaringkan gol dalam sejarah kejohanan.

Sepanyol mendahului empat minit kemudian selepas satu tempoh tekanan berterusan apabila Dani Olmo mengambil sentuhan bijak di dalam kawasan penalti dan melepaskan tendangan separuh voli yang mengenai pemain Perancis, Jules Kounde.

Perancis menggandakan asakan ke atas Sepanyol pada separuh masa kedua dan mencipta beberapa peluang bagi menjaringkan gol tetapi gagal untuk menyamakan kedudukan.


Pemain Sepanyol rai kejayaan ke final di Munich. - Foto AFP
Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Sepanyol berjaya melangkah ke pentas final kejohanan utama sejak 12 tahun lalu.

Pasukan itu akan berdepan pemenang perlawanan antara England dengan Belanda yang akan beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir, awal pagi esok. - REUTERS


Reaksi sugul penyerang Perancis, Kylian Mbappe dan pemain tengah, Antoine Griezmann. Foto AFP



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047878 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list