CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21075|Reply: 0

[Pulau Pinang] RUU Mufti kukuhkan institusi fatwa di Malaysia

[Copy link]
Post time 10-7-2024 06:38 PM | Show all posts |Read mode
RUU Mufti kukuhkan institusi fatwa di Malaysia


Zuhainy Zulkiffli[email protected]





DR Mohd Sukki Othman





Georgetown: Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 mampu mengukuhkan lagi institusi fatwa di Malaysia, kata Mufti Pulau Pinang Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman.

Beliau berkata, sudah semestinya pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti terdiri daripada mereka yang berpegang dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah.

"Berpegang kepada akidah Ahli Sunah Waljamaah jelas menolak pandangan ekstrem yang boleh merosakkan umat dan memecah belahkan perpaduan dalam masyarakat.

"Sehubungan itu, saya bersetuju dengan RUU berkenaan kerana ia akan mengukuhkan lagi institusi fatwa di Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Isu BerkaitanTak wajar pertikai, tolak cadangan RUU Mufti Wilayah Persekutuan - Mufti Johor
RUU Mufti Wilayah Persekutuan bakal beri penambahbaikan, kecekapan - Mufti Kedah
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - Mufti Wilayah
RUU Mufti Wilayah Persekutuan ruang perkemas tadbir urus hal ehwal Islam - Mufti Perak
Umat perlu dukung RUU perkukuh asas Islam - Mufti Pahang


Mohd Sukki berkata, disamping itu seseorang mufti juga perlu menguasai ilmu dengan baik, boleh berbahasa Arab dan mempunyai kepakaran dalam tafsir al-Quran.

"Juga perlu berkebolehan dalam bidang hadis, berpengetahuan mendalam mengenai ilmu fiqh dan lain-lain syarat yang sudah dibincangkan oleh Fuqaha," katanya lagi.

Pada 2 Julai lalu, RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menerusi rang undang-undang itu, ia juga memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.




Disiarkan pada: Julai 10, 2024 @ 6:13pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.098272 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list