CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26079|Reply: 0

[Perlis] Raja Perlis tak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan sokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan

[Copy link]
Post time 10-7-2024 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Raja Perlis tak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan sokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan




Aizat Sharif[email protected]





RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.





Kangar: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa baginda tidak berkenan apabila nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan).

Perkembangan itu dimaklumkan melalui Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam hantaran ringkas di Facebook (FB) hari ini.

"Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menitahkan saya memaklumkan bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan," katanya menerusi hantaran di FB.

Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar membentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat berhubung tiga RUU membabitkan hal ehwal Islam di negara ini.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 merangkumi RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

RUU Mufti itu menyenaraikan berhubung penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal dan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dipengerusikan oleh mufti.

Selain itu juga, ia mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah, Al-Maturidiah dan fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain dan tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid.

Semalam, ketika menghadiri Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam di Kota Bharu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpendapat bahawa RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) itu perlu dikaji secara mendalam terlebih dulu.

Ini kerana langkah itu penting berikutan terdapat berpuluh-puluh mazhab dalam Islam dan tidak ada mana-mana ulama muktabar membenarkan aliran mereka diisytihar sebagai agama negara.

Menurutnya, semua ulama tidak membenarkan mazhab mereka diisytiharkan sebagai agama negara, sama ada Imam Malik, Imam Syafie mahupun Imam Hambali.

Hanya Islam yang dilihat menjadi perlu menjadi agama negara.



Disiarkan pada: Julai 10, 2024 @ 1:28pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.696963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list