CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2660|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada lokasi 'panas' di PRK Sungai Bakap - Polis

[Copy link]
Post time 5-7-2024 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Tiada lokasi 'panas' di PRK Sungai Bakap - Polis


]BERNAMA



HAMZAH ketika sidang media berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di IPD Seberang Perai Selatan, Jawi. fOTO Danial Saad




Nibong Tebal: Tiada lokasi dikategorikan sebagai 'hotspot' atau kawasan panas pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, esok.

Bagaimanapun Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata tiga pusat pengundian dijangka mengalami kesesakan berikutan jumlah pengundi yang ramai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan Sungai Duri dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Boon Seng.

Sehubungan itu beliau berkata polis telah mengatur tugas pegawai serta anggotanya bagi melancarkan proses pengundian serta kawalan lalu lintas.

"Lokasi panas di PRK DUN Sungai Bakap memang tidak wujud langsung kerana perjalanan kempen pilihan raya yang lancar, cuma di satu-satu lokasi itu ramai pengundi, namun dari segi keselamatan pihak polis mengatur tugas secara terperinci," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Sembang Santai PRK DUN Sungai Bakap terbitan media sosial Bernama TV hari ini.

Dalam pada itu Hamzah memaklumkan hingga 7 malam tadi, sebanyak 199 permit untuk kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra bagi parti politik dikeluarkan kepada kedua-dua parti bertanding.

Kempen PRK DUN Sungai Bakap akan berakhir secara rasmi pada 11.59 malam ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.



Disiarkan pada: Julai 5, 2024 @ 9:46pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034533 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list