CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5283|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga didenda RM10,000 miliki bahan al-Quran tanpa kelulusan KDN

[Copy link]
Post time 2-7-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga didenda RM10,000 miliki bahan al-Quran tanpa kelulusan KDN

02 Julai 2024 12:35pm








Kian Poh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret pada Selasa selepas mengaku bersalah memiliki bahan al-Quran yang tiada kelulusan KDN, Mac lepas. Foto Benama




GEORGE TOWN - Seorang peniaga didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah memiliki bahan al-Quran yang tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bernilai RM11,711 Mac lepas.

Peter Ch'ng Kian Poh, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.



Siti Nurul Suhaila juga memerintahkan Kian Poh dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Kian Poh mengaku bersalah memiliki 13 unit muqaddam digital Ebook-ku, 492 unit Eletree Zikir & Ruqyah dan 59 unit Azan Clock Speaker yang tiada perakuan kelulusan oleh lembaga pengawalan dan perlesenan pencetakan al-Quran (KDN) di sebuah premis perniagaan di Jelutong di sini, lebih kurang 1.45 tengah hari pada 26 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al Quran 1986 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pegawai KDN membawa 13 unit muqaddam digital Ebook-ku, 492 unit Eletree Zikir & Ruqyah dan 59 unit Azan Clock Speaker yang tiada kelulusan KDN ke Mahkamah Majistret pada Selasa. Foto Bernama




Terdahulu peguam mewakili tertuduh, Mima Falaq Mohd Firdaus memohon mahkamah mengenakan hukuman denda minimum memandangkan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya serta pengakuan bersalah itu telah menjimatkan kos dan masa semua pihak.

Beliau berkata, anak guamnya mempunyai pendapatan RM8,000 sebulan dan perlu menanggung kedua ibu bapanya.


Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa KDN, Pulau Pinang Che Mahadzir Saad memohon mahkamah mengenakan denda yang setimpal sebagai pengajaran kepada peniaga lain demi menjaga kesucian al-Quran. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.149116 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list