CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6211|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Bekas imam doakan kemenangan Cikgu Joohari

[Copy link]
Post time 1-7-2024 09:40 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Bekas imam doakan kemenangan Cikgu Joohari


BERNAMA



CHE Danketika ditemu bual sempena PRK Sungai Bakap di Kampung Sungai Buaya hari ini. FOTO Bernama




Nibong Tebal: Seorang pengundi warga emas dari Kampung Sungai Buaya di sini sama sekali tidak menyangka jentera parti yang bertandang ke rumahnya bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Bakap baru-baru ini mewakili calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin, yang juga kenalan lama beliau.

Che Dan Razak, 85, berkata, beliau mengambil masa untuk mengamati gambar calon PH itu sebelum menyedari wajah tersebut adalah individu yang dikenalinya semasa menjadi imam di Masjid Kampung Besar dan mengajar ilmu agama sekitar Sungai Bakap.

"Masa ditunjukkan poster muka calon, saya memang terkejut sebab saya kenal dia," katanya kepada pemberita di kediaman beliau semasa kempen rumah ke rumah oleh Joohari di sini hari ini.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah warga emas itu tatkala menerima kunjungan Joohari dan kedua-duanya sempat mengimbau kenangan perkenalan mereka dahulu.



DR Joohari (kanan) beramah mesra dengan Che Dan (kiri) ketika bertemu pengundi sempena kempen PRK Sungai Bakap di Kampung Sungai Buaya hari ini. FOTO Bernama


Mesra disapa Pak Teh, Che Dan yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak mampu berdiri lama berkata Joohari dikenali beliau menerusi rakan-rakannya yang mengikuti kelas agama di masjid berkenaan.

"Dia ni dulu selalu ikut kawan datang belajar mengaji di masjid... dulu Pak Teh ada kebun durian, jadi saya selalu ajak dia dan kawan-kawannya datang makan durian," katanya.

Bekas tentera wataniah itu berkata, beliau sudah tidak larat untuk pergi mengundi pada PRK kali ini kerana keadaan kesihatannya yang semakin uzur ditambah pula isterinya, Bedah Man, 80, kini terlantar sakit setelah jatuh di bilik air pada tahun lepas.

"Sebelum ini, Pak Teh mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil namun sejak Pilihan Raya Negeri tahun lepas, Pak Teh langsung tidak berdaya nak pergi mengundi.

"Cuma harapan saya, kita minta dia menang. Hanya doa boleh dipanjatkan mengiringi kemenangan dia nanti," katanya.

PRK Dun Sungai Bakap 6 Julai ini menyaksikan Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu, yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.



Disiarkan pada: Julai 1, 2024 @ 8:50pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037700 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list