CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7642|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: 102 permit diluluskan, satu kertas siasatan dibuka

[Copy link]
Post time 1-7-2024 06:57 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: 102 permit diluluskan, satu kertas siasatan dibuka

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

01 Julai 2024 06:13pm




Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kerosakan bahan kempen pilihanraya sepanjang hari kesepuluh berkempen bagi PRK Sungai Bakap. Gambar kecil: Hamzah




GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang telah meluluskan 21 permit pada hari kesepuluh tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjadikan jumlah keseluruhan adalah 102 permit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kesemua permit telah diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan.



Menurutnya, satu laporan diterima dan satu kertas siasatan telah dibuka sepanjang tempoh berkempen berkenaan.
"Kertas siasatan dibuka selepas satu laporan polis diterima pada 27 Jun lalu iaitu di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan bahan-bahan kempen seperti bendera atau 'banner' parti.
"Tempoh berkempen berbaki lima hari lagi sebelum menjelang hari mengundi pada 6 Julai ini.

"Justeru, semua pihak dinasihatkan tidak menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak semasa berkempen, termasuk khianat atau merosakkan bahan-bahan kempen pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hamzah turut menasihatkan kepada pihak yang berkempen supaya memastikan kawasan kempen seperti tapak ceramah dan tempat perjumpaan bersih selepas digunakan dan mengelakkan daripada merosakkan harta awam.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik atau individu yang melanggar undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa," jelasnya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034068 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list