CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9046|Reply: 0

[Pulau Pinang] AIM bantu menoktahkan kemiskinan

[Copy link]
Post time 1-7-2024 12:57 AM | Show all posts |Read mode
AIM bantu menoktahkan kemiskinan


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 30, 2024 @ 10:02pm [email protected]




Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) ketika mengadakan lawatan reruai sahabat AIM pada Majlis Minum Petang Sahabat AIM Permatang Pauh Bersama Kak Wan di Ballroom Bertam Resort, Kepala Batas - Foto NSTP/MIKAIL ONG





KEPALA BATAS: Golongan wanita yang mendapat manfaat dana pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjaya membuktikan mereka mampu keluar daripada kepompong kemiskinan,

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam hal tersebut wanita harus mengerahkan segala tekad dan keupayaan dimiliki untuk menjadi insan berjaya.

Katanya, sebagai seorang ibu yang pernah diuji pelbagai cabaran, beliau amat memahami perit jerih dan kepayahan golongan wanita berjuang demi keluarga tercinta.

"Saya tahu, saya faham bagaimana sebagai wanita, kita harus membangunkan segala apa yang kita ada sekarang menggunakan keupayaan fizikal, rohani dan minda.

"Kita melihat golongan wanita ini tidak mampu membuat pinjaman bank, tetapi apabila dibantu mereka boleh berniaga membawa diri dan keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Justeru, AIM ini menjadi bukti bahawa dengan segala tekad, kemampuan, sedikit dana dan pertolongan insya-Allah kita boleh berjaya," katanya berucap pada Majlis Minum Petang Sahabat AIM Permatang Pauh bersama Kak Wan di Bertam Resort, hari ini.

Wan Azizah menyifatkan AIM begitu dekat dengan diri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam soal membasmi masalah kemiskinan dan miskin tegar.

AIM pernah menerima peruntukan daripada kerajaan iaitu sebanyak RM200 juta ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.



Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid beramah mesra dengan sahabat AIM pada majlis Majlis Minum Petang Sahabat AIM Permatang Pauh Bersama Kak Wan - Foto NSTP/MIKAIL ONG

Terdahulu, Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid dalam ucapannya berkata lebih 1,000 sahabat usahawan AIM menghadiri majlis itu dengan kebanyakan mereka terdiri daripada peniaga kecil dan sederhana dalam kalangan B40.

Beliau berkata, AIM cawangan Permatang Pauh, mendapat peruntukkan pembiayaan sebanyak RM21.49 juta tahun ini berbanding RM20.18 juta pada 2023 iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus.

"Usaha ini adalah bertujuan memastikan semua sahabat usahawan AIM Permatang Pauh mendapat peruntukan pembiayaan secara berterusan bagi menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.

"Sejak penubuhan pada 1987, AIM telah membantu lebih 900,000 usahawan wanita di seluruh Malaysia di mana mereka telah berjaya mengeluarkan diri dan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan dengan membuat skim pembiayaan mikro-kredit AIM.

"Menyahut hasrat Perdana Menteri dalam menoktahkan kemiskinan, AIM akan terus membantu lebih ramai wanita dari golongan miskin dan berpendapatan rendah," katanya.

Beliau turut memberi jaminan akan memastikan peruntukan RM100 juta yang diluluskan Perdana Menteri dalam Belanjawan Madani 2024 akan disalurkan kepada lebih ramai wanita yang memerlukan pembiayaan mikro-kredit untuk mengubah nasib mereka.

Sementara itu, Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz, berkata pihaknya merekodkan kadar pemulangan bayaran pinjaman sebanyak 99 peratus tahun lalu dan ia merupakan rekod terbaik dalam tempoh 37 tahun.

Beliau memuji kebanyakan sahabat AIM yang terdiri daripada wanita amat berdisiplin membayar balik pinjaman dan mereka yang diletakkan dalam kumpulan terdiri daripada lima sahabat sentiasa memberi sokongan dan semangat antara satu sama lain.

"Memandangkan kadar tidak mampu membayar balik itu begitu rendah kita tidak senarai hitam mereka. Kita andaikan mereka ini berada dalam kesusahan hidup.

"Kalau keadaan mendesak, dalam kes tertentu mereka boleh lupakan dulu pinjaman dan buat pinjaman baharu sampai perniagaan dia kembali naik dan kemudian barulah fikir bayar semula hutang," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037496 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list