CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5066|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Polis terima satu laporan kes rosakkan bahan kempen

[Copy link]
Post time 28-6-2024 07:35 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Polis terima satu laporan kes rosakkan bahan kempen

28 Jun 2024 06:32pm








Datuk Hamzah Ahmad




NIBONG TEBAL - Polis Pulau Pinang menerima satu laporan berhubung kejadian merosakkan bahan kempen parti politik semalam, yang merupakan insiden pertama sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, ekoran itu, polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan bahan-bahan kempen seperti bendera dan gegantung parti.



"Hari ini telah masuk fasa kedua tempoh berkempen bagi PRK DUN Sungai Bakap dan setakat ini polis terima satu laporan kejadian membabitkan merosakkan bahan kempen. Kami sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Sehingga hari ketujuh berkempen hari ini, polis keluarkan 11 lagi permit untuk kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra menjadikan keseluruhan permit yang diluluskan setakat in adalah 45 dan tiada permit yang ditolak," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang membuat laporan polis selepas mendakwa ada pihak cuba mensabotaj kempen jentera Perpaduan bagi PRK DUN Sungai Bakap dengan merosakkan gegantung dan bendera parti Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya Muhammad Fadzli Roslan mendakwa sebanyak 38 gegantung dan 53 bendera yang dipasang di sekitar Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini telah diturunkan pihak tidak bertanggungjawab malah ada di antaranya yang dibuang di dalam longkang.

Sementara itu, Hamzah berkata dalam tempoh kempen berbaki lapan hari lagi sebelum hari pengundian Sabtu depan, pihaknya menasihati semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi semasa berkempen termasuk khianat atau merosakkan bahan kempen pilihan raya.

Beliau berkata, pihaknya juga sentiasa memantau aktiviti di media sosial untuk mengesan sebarang penyebaran berita palsu, fitnah atau hasutan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta tindakan tegas akan diambil.




PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding pada 22 Jun lepas hingga jam 11.59 malam, 5 Julai. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.033147 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list