CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2785|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pegawai kastam tertembak diri sendiri kerana ingin cuba pistol

[Copy link]
Post time 26-6-2024 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai kastam tertembak diri sendiri kerana ingin cuba pistol

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

26 Jun 2024 05:44pm\




Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Hamzah




GEORGE TOWN - Insiden melibatkan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang yang tertembak diri sendiri dalam kejadian pada 11 Jun lalu berlaku selepas mangsa ingin mencuba pistol jenis CZ tersebut.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 42 tahun telah cedera parah dan masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.



Dia bagaimanapun berada dalam keadaan sedar, stabil dan boleh berkomunikasi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis telah merakam keterangan daripada mangsa pada 19 Jun lalu.

"Mengikut kepada keterangan mangsa, pada hari kejadian, dia telah meminta pistol milik rakannya untuk melihat dan mencuba senjata api tersebut. Mangsa ingin mengetahui fungsi pistol berkenaan.

"Bagaimanapun, dia tidak sengaja tertekan picu hingga menyebabkan dia tertembak diri sendiri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Rabu.

Hamzah menambah, polis turut merekod keterangan daripada tiga individu lain iaitu saksi (pemilik senjata), pegawai senjata dan seorang anggota kastam yang berada di lokasi kejadian.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis telah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tertembak diri sendiri yang melibatkan seorang pegawai JKDM Pulau Pinang ketika menghadiri latihan menembak di jabatan tersebut di Seberang Jaya, kira-kira jam 9 pagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.034639 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list