CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2230|Reply: 5

[Jenayah] Melantak Rendang Ketupat Kuah Kacang Masa Raya, KKM Kongsi Cadangan Hidangan Mengikut Panduan Kalori Makanan Sempena Aidiladha!

[Copy link]
Post time 18-6-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode


KETIKA musim perayaan, semestinya kita 'dikelilingi' makanan yang sedap dan lazat.

Juadah enak seperti lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lagi yang terhidang di depan mata, boleh dikatakan mustahil untuk ditolak.

Kemudian, mulalah risau dan pening kepala apabila jarum penimbang makin naik!

Apatah lagi beberapa perubahan sudah mula dirasai seperti perut makin membuncit ataupun pakaian semakin ketat.

Jadi, bagaimana kita boleh kekal sihat semasa musim perayaan?

Jangan risau, jom ikuti tip daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan berat badan yang ideal semula selepas musim perayaan.

1) Betulkan corak pemakanan.

2) Amalkan 'suku-suku separuh' dan rancang pemakanan yang seimbang dan sederhana.

3) Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori dan berlemak.

4) Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat seperti sayur, buah-buahan dan bijirin penuh.

Rajinkan diri untuk bersenam, sekurang-kurangnya melakukan brisk walk. -Gambar hiasan

5) Minum air kosong yang mencukupi iaitu enam hingga lapan gelas sehari.

6) Kekal aktif setiap hari dengan melakukan senaman atau berjalan 10,000 langkah sehari.

7) Masak hidangan dengan kaedah masakan yang sihat seperti rebus, bakar atau stim yang tidak menggunakan minyak

Sekiranya anda berdisiplin dan dapat mengikuti dengan baik tujuh cara untuk menghilangkan berat badan dalam tempoh kurang daripada sebulan, maka anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan. Semoga bermanfaat!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2024 05:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 05:18 PM | Show all posts
Makan ikut portion saranan kkm ni, nak jadi taik gigi pun tak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan berpada2. Tu jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 05:50 PM | Show all posts
Dah naik berapa kg tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat dah mkn rendang daging sesenduk nasi,ketupat sebiji,lemang sepotong ,lodeh,paru2 sambal ,ayam masak merah .. semua makan .just elak kuih n makanan ringgan IE biskut,kek ,air soda,air Manis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.063037 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list