CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3019|Reply: 0

[Perlis] Projek Green Pharma di Perlis hasilkan ubat diabetes, darah tinggi

[Copy link]
Post time 18-6-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Projek Green Pharma di Perlis hasilkan ubat diabetes, darah tinggi


Oleh BERNAMA - Jun 18, 2024 @ 10:48am



Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail (dua dari kanan) bersama Farinawati (kanan) berkenan menunjukkan dokumen selepas Majlis Menandatangani MoU di antara North Duchess Malaysia dan Allied Identity USA Group di Kuala Lumpur - Foto BERNAMA




KUALA LUMPUR: North Duchess Pharmaceuticals (NDP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Allied Identity USA Group bagi membangunkan Projek Green Pharma di Perlis.

MoU itu ditandatangani oleh Pengasas merangkap Pengarah North Duchess Malaysia Sdn Bhd, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail dan Pengarah Urusan Operasi Asia Pasifik Allied Identity USA Group, Steve Huffman.

Ketua Pegawai Eksekutif North Duchess Malaysia, Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Farinawati Mohd Din, berkata projek itu, yang bakal dibangunkan di Lembah Chuping, memfokus kepada pengeluaran ubat untuk pesakit kencing manis, darah dan kolesterol tinggi tinggi disasar untuk disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Inisiatif ini dijangka mewujudkan lebih 300 pekerjaan untuk profesional separa atau berkemahiran tinggi dan meneroka pasaran farmaseutikal Malaysia yang semakin berkembang, bernilai RM16 bilion pada 2023, menawarkan kadar pertumbuhan yang stabil iaitu lapan hingga 10 peratus setiap tahun, yang kekal berdaya tahan semasa kegawatan ekonomi.

"Fokus penghasilan penjagaan kesihatan mampan projek itu termasuk pembinaan kilang dos pepejal farmaseutikal patuh halal GMP di Perlis dan pengeluaran farmaseutikal yang diperakui halal bagi Kementerian Kesihatan dalam tempoh 36 bulan, dengan rancangan untuk pengembangan antarabangsa dalam tempoh 48 tahun," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani MoU itu di sini, semalam.

Che Puan Temenggong Perlis berkata, projek itu bertujuan merevolusikan pembuatan farmaseutikal di Malaysia dengan mempelbagaikan asas ekonomi Perlis dan menjadi pemacu hasil yang ketara dalam tempoh 36 bulan pemerolehan.

Beliau berkata, dari segi kewangan, projek itu diunjurkan menjana pendapatan sebanyak RM465 juta dalam tempoh lima tahun dengan unjuran keuntungan operasi sebanyak RM183 juta.

"Projek ini bukan sahaja mewakili pelaburan dalam infrastruktur malah komitmen untuk memajukan penyelesaian penjagaan kesihatan dan memenuhi permintaan untuk ubat yang semakin meningkat di negara kita dan komuniti global.

"Kami menyasarkan untuk menetapkan piawaian baharu dalam pembuatan mesra alam, memanfaatkan teknologi termaju untuk meminimumkan jejak alam sekitar kita dan menegakkan standard keselamatan serta kualiti paling tinggi," katanya.

Huffman pula berkata, pasaran Malaysia sangat strategik dan berpotensi besar untuk mengeksport ubat-ubatan ke negara jiran seperti Kemboja, Thailand dan Filipina.

"Jadi kami ingin memastikan apa sahaja yang dilakukan, kami sentiasa menjaga pasaran ubat-ubatan Malaysia tetapi pada masa sama, turut menyediakan peruntukan bagi membolehkan kami mengeksport dan mempelbagaikan aliran hasil bagi memastikan ia adalah mampan," katanya.
-BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.383322 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list