CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1540|Reply: 0

[Kedah] Lelaki pecah rumah, curi untuk penuhi permintaan isteri bercuti

[Copy link]
Post time 13-6-2024 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki pecah rumah, curi untuk penuhi permintaan isteri bercuti

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

13 Jun 2024 01:01pm








Mulkiaman (dua kanan) menunjukkan antara peralatan yang digunakan oleh suspek untuk kegiatan pecah rumah dan curi di Felda Lubuk Merbau sejak awal tahun lalu.




PADANG TERAP - Seorang bekas jurukimpal sanggup melakukan 21 kes jenayah pecah rumah dan curi di Kawasan Felda Lubuk Merbau, di sini kerana mahu memenuhi permintaan isterinya pergi bercuti dan membayar hutang mingguan sebanyak RM350.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, kegiatan tersebut dilakukan oleh suspek secara solo sejak awal tahun lalu melibatkan kerugian kira-kira RM40,000.



Menurutnya, suspek berusia 32 tahun ditahan pada 31 Mei lalu di sebuah rumah di Felda Lubuk Merbau pada jam 12.30 pagi dan direman selama dua minggu sehingga 14 Jun bagi membantu siasatan.

"(Jenayah yang dilakukan suspek) termasuk curi tong gas, pecah rumah, curi motosikal dan juga pecah kenderaan yang di parkir dan banyak kes di Lubuk Merbau.

"(Kejadian) pecah kereta berlaku apabila ada kenduri tetamu datang meninggalkan kereta jauh dari rumah kenduri.


Mulkiaman (kiri) menunjukkan antara barangan yang berjaya dirampas semula iaitu sejumlah tong gas yang dicuri suspek sejak awal tahun lalu.





"Apabila datang balik cermin kereta pecah dan barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, beg duit dan sebagainya. Suspek mengaku terlibat dengan 21 kes (pecah rumah dan curi)," katanya pada sidang akhbar pada Khamis.




Jelas Mulkiaman, tangkapan suspek berkait dengan kes pecah rumah pada 3 Mei lalu di Jalan Fajar, Lubuk Merbau melibatkan kehilangan satu tong gas, satu unit tablet dan wang ringgit campur-campur anggaran RM500.

Menurutnya, hasil ujian urin terhadap suspek adalah negatif namun mempunyai satu rekod jenayah.

"Isteri suspek yang berusia 30 tahun pula ditahan pada 3 Jun lalu juga di sebuah rumah di Felda Lubuk Merbau pada jam 3 pagi dan asas tangkapan adalah membantu siasatan.

"Suspek kedua ini kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada 7 Jun atas faktor kebajikan dan urusan persekolahan tiga anak mereka," ujar beliau.

Tambah Mulkiaman, antara barangan curi yang berjaya dirampas semula adalah 43 tong gas, satu unit televisyen, satu unit kipas angin, empat bilah pisau bersarung kayu ukir, sebuah periuk kukus, sebuah telefon bimbit dan empat helai tudung.

Menurutnya, turut dirampas adalah peralatan yang digunakan untuk kegiatan pecah rumah antaranya satu unit gunting pemotong, satu unit topeng celoreng, sehelai baju warna coklat dan sebuah kereta Proton Persona warna merah.

"Seorang lelaki berusia 40-an dipercayai pembeli barangan curi tersebut terutamanya tong gas turut ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis untuk membantu siasatan. Dia akan dipanggil semula untuk pendakwaan," kata beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.035294 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list