CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4812|Reply: 0

[Pulau Pinang] `Penduduk Sungai Bakap ada dua pilihan'

[Copy link]
Post time 13-6-2024 12:10 AM | Show all posts |Read mode
`Penduduk Sungai Bakap ada dua pilihan'


Oleh Nur Izzati Mohamad - Jun 12, 2024 @ 11:34pm [email protected]




Foto fail NSTP





NIBONG TEBAL: Lebih 38,000 pengundi yang dijangka akan menunaikan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini hanya mempunyai dua pilihan sahaja sama ada mahu terus menjadi pembangkang atau turut serta bersama Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata mereka diminta membuat pilihan sebaiknya dalam memilih wakil rakyat dari gabungan politik mana yang mampu membawa suara masyarakat kawasan itu terutamanya dalam aspek kebajikan dan sosioekonomi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya yakin Pakatan Harapan (PH) memilih calon yang bijak pandai dalam mewakili perpaduan di Sungai Bakap.

"Di sini hanya ada dua pilihan sahaja untuk pengundi Sungai Bakap sama ada ingin jadi pembangkang dan kedua sama ada ingin jadi kerajaan.

"Sekarang kerajaan negeri (Pulau Pinang) dan Pusat adalah perpaduan (yang mempunyai objektif yang sama), bahkan banyak lagi (visi dan misi) yang ingin dilaksanakan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) antaranya menoktahkan kemiskinan yang itu saya amat teruja.

"Usaha itu (menoktahkan kemiskinan) adalah dari zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dan ia diteruskan hingga sekarang yang kini kita cuba untuk menyelesaikannya seawal tahun ini juga," katanya berucap pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di pekarangan tapak parkir pasar raya di Bandar Tasek Mutiara, di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow; Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek dan barisan pimpinan negeri yang lain.

Ahmad berkata, rakyat juga tidak boleh menafikan bahawa hasil pembangunan dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak dimulakan oleh BN.

"Sejarah tidak boleh padam, kita (BN) membangunkan bandar dan desa, kampung dan kota, bangunkan Pantai Timur dan Pantai Barat termasuk Sabah dan Sarawak yang ia diteruskan oleh kerajaan PH yang kita (khusus rakyat Sungai Bakap) kena sokong Kerajaan Perpaduan (untuk terus menikmati hasil pembangunan ini)," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lalu menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.030322 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list