CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 0

[Sarawak] JBPM lihat kemungkinan tempatkan balai utama berdekatan Pan Borneo

[Copy link]
Post time 12-6-2024 08:14 PM | Show all posts |Read mode


Nor Hisham (tengah) bercakap pada sidang media ditemani Tiong (kiri) di IIC, hari ini.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melihat kemungkinan menempatkan balai utamanya berhampiran dengan jajaran Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Dato Nor Hisham Mohammad berkata, buat masa ini sudah terdapat tiga balai JBPM Sarawak berdekatan dengan jajaran Pan Borneo.

"Termasuk, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang terletak sedikit di dalam kampung dan tidak terletak di tepi jalan. Jadi, penekanan kita adalah untuk memberi respons dengan lebih cepat," katanya pada satu sidang media hari ini.

Menurutnya, penempatan tersebut adalah bagi memberi khidmat di sepanjang Pan Borneo ekoran peningkatan kes kemalangan membabitkan pengguna jalan raya dan jalan pesisir yang sedang dibangunkan.

Nor Hisham bagaimanapun menegaskan penempatan balai itu banyak bergantung kepada keperluan fizikal di satu-satu kawasan.

Beliau sebelum itu merasmikan Bicara Governans, Integriti dan Antirasuah (BiGIAR) 2024 di Auditorium Pusat Maklumat Islam (IIC), di sini.

Beliau berkata, JBPM turut memerlukkan kenderaan logistik yang ringan khususnya pacuan empat roda bagi mempercepatkan bantuan ekoran peningkatan kes dan insiden yang melibatkan kemalangan kenderaan di Pan Borneo Sarawak.

Justeru, beliau mengingatkan pengguna lebuh raya bahawa sikap mereka penting dan harus sentiasa berwaspada dan mementingkan keselamatan nyawa sendiri dan penumpang.

Sebelum ini katanya, pihaknya telah memohon sebanyak 150 jentera bomba kompak namun kenderaan itu masih agak besar dan berat serta kebolehgerakannya agak terhad.

"Kita ambil kira bagaimana kita dapat respons dengan cepat terhadap insiden dan juga mengurangkan penggunaan jentera yang tidak perlu membawa semua barang-barang tetapi lebih ringkas untuk tangani isu kemalangan jalan raya di lebuh raya Pan Borneo ini," jelasnya.

Nor Hisham juga gembira memaklumkan terdapat trend penurunan bagi tindakan disiplin yang melibatkan pegawai-pegawai bomba sehingga separuh tahun ini yang hanya merekodkan 13 pegawai.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah merangkap pemangku Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053658 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list