CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2105|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki tidak mengaku salah rosak cermin sisi, lampu kenderaan

[Copy link]
Post time 12-6-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tidak mengaku salah rosak cermin sisi, lampu kenderaan


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Pembantu peniaga mi goreng didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan khianat. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Georgetown: Pembantu peniaga mi goreng didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan khianat pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Mohammad Sabri Mydin Pillay, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa mengugut hendak menyebabkan kecederaan dan kegentaran terhadap seorang lelaki berusia 47 tahun yang juga pemandu Kia Sportage.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa melakukan khianat dengan merosakkan bahagian kanan cermin sisi dan lampu kereta milik lelaki sama yang menyebabkan kerugian berjumlah RM5,000.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sungai Pinang sehingga Jalan Patani, di sini, pada 2.50 petang, 8 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini, manakala tertuduh diwakili peguam Siti Zhamaliah Mohamad Ismail.

Terdahulu, Darrshini mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati saksi dan mangsa pendakwaan sehingga kes selesai.

Siti Zhamaliah kemudian memohon anak guamnya diberi jaminan minima atas alasan perlu menyara isteri dan ibu bapa uzur selain pendapatan hariannya sebanyak RM70 sehari.

Peguam turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya masih menerima rawatan di hospital susulan mempunyai masalah darah tinggi serta kemurungan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin selain syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Julai depan bagi penyerahan dokumen.

Terdahulu, video kejadian tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan dikejar lelaki yang menunggang motosikal.

Penunggang motosikal itu turut memukul cermin kenderaan terbabit menggunakan topi keledar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dipetik berkata, kejadian berlaku selepas pemandu kenderaan terbabit secara tidak sengaja melanggar motosikal suspek.



Disiarkan pada: Jun 12, 2024 @ 1:09pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047852 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list