CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak ambil wajar mempersiap rakyat berdepan dengan situasi 'Negeri Tua' menjelang 2028

[Copy link]
Post time 11-6-2024 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-6-2024 02:54 PM



Rosey (tengah) memotong kek bersama Pui (enam kanan) dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur simbolik majlis perasmian acara tersebut.

MIRI: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti kini mengambil langkah wajar mempersiap rakyat berdepan dengan situasi 'Negeri Tua' menjelang 2028.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata, Malaysia menjadi negara tua menjelang 2030 dengan 15 peratus populasi berumur 60 tahun dan ke atas.

Manakala Sarawak akan 'tua dahulu' iaitu menjadi sebuah ‘Negeri Tua’ pada 2028 apabila 15 peratus populasinya berusia 60 tahun dan ke atas pada masa itu.  

"Kementerian kita sudah bersedia melalui Jabatan Wanita dan Keluarga dengan mengendlikan kursus-kursus bagaimana cara kita menjaga ibu bapa berusia ini.

"Sebab kita tidak mahu ibu bapa kita disisihkan kerana memiliki orang tua yang disisihkan, akan menjadikan generasi akan datang mengikut jejak kita melakukan perkara sama," katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Ibu dan Bapa anjuran Kelab Miri Che Lee Khor Moral Uplifting di sini malam Ahad.

Rosey berkata, kerana apa yang kita lakukan terhadap orang tua pada masa kini ini menjadi ikutan anak-anak kita.

"Kalau hari ini kita abaikan dan sisihkan kedua ibu bapa kita, suatu hari nanti anak-anak kita juga mengikut jejak kita melakukan perkara yang sama ke atas kita.

"Ini yang kita tidak mahu, justeru kita melakukan segala yang terbaik menyedar dan mendidik generasi masa kini dengan menunjukkan kepada generasi muda mengambil peduli dan menyayangi ibu bapa," jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan berharap suatu hari apabila generasi masa kini sudah tua anak-anak mereka akan menjaga dan mengambil berat terhadap mereka.

Rosey turut menasihati ibu bapa supaya mendidik anak-anak dengan bahasa yang baik kerana bahasa baik sendiri melambangkan keperibadian anak-anak dan orang tua mendidik mereka.

"Berdasarkan pengalaman saya semasa masih mengajar di sekolah, kita jumpa anak-anak suka mengeluarkan kata-kata kesat dan kita kaji balik, ia datang dari rumah. Ia ada kaitan dengan apa yang berlaku di rumah, tempat mereka membesar.

"Kalau kita bercakap dengan tutur kata yang baik dan sopan, maka anak-anak mengikuti cara kita dan begitu juga sebaliknya.

"Jika anak-anak kita bercakap dengan baik dan sopan, cucu-cucu kita akan bercakap seperti mereka.

“Sebagai ibu bapa kita mempunyai tanggungjawab besar membina keluarga harmoni dan seterunya membentuk masyarakat harmoni," katanya.

Sehubungan itu, Rosey memuji usaha dilakukan Kelab Miri Che Lee Khor Moral Uplifting mengadakan sambutan Hari Ibu Bapa di mana kedua-dua ibu bapa dan anak-anak dapat meluangkan masa bersama.

Katanya, usaha seperti itu sangat penting kerana kebersamaan kita dengan anak-anak memberi satu kesan mendalam.

Hadir sama Presiden Kelab Miri Che Lee Khor Moral Uplifting Tony Pui dan Ketua Masyarakat Cina setempat Penghulu Betty Pong.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.072103 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list