CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3041|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Metro diberi peluang kongsi maklumat projek KUTS kepada khalayak antarabangsa

[Copy link]
Post time 11-6-2024 10:14 PM | Show all posts |Read mode


Mazli ketika menyampaikan ucaptamanya baru-baru ini.

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) diberi peluang berkongsi maklumat tentang projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) kepada khalayak antarabangsa pada Persidangan Kereta Api Antarabangsa China untuk Transit Massa Antara Bandar dan Bandar (CIRC) 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Mazli Mustaffa berkata, acara itu diadakan di Shanghai pada 4 hingga 6 Jun,  dengan menyampaikan ucaptamanya bertajuk ‘Sarawak Metro – Transforming Public Transport in the Malaysian City of Kuching’.

Beliau adalah antara beberapa penceramah dari Asia Tenggara dan Eropah, mewakili organisasi yang bertanggungjawab dalam operasi dan penyelenggaraan sistem pengangkutan awam dan pihak berkuasa pengangkutan, yang dijemput untuk berkongsi pandangan mereka di CIRC 2024.

Semasa pembentangannya, Mazli bercakap mengenai usaha Sarawak Metro dalam mengguna pakai bentuk pengangkutan awam baharu yang turut mendahului dalam melaksanakan penyelesaian sifar pelepasan yang selaras dengan agenda hidrogen hijau Sarawak.

Di luar CIRC 2024, Sarawak Metro turut dijemput melawat Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Shanghai bagi Kawalan Kereta Api Tanpa Pemandu dan Sistem Perintah Penghantaran Pintar Kereta Api.

Lawatan ini memberi peluang yang tidak ternilai untuk mengetahui tentang teknologi terkini dan kemajuan dalam transit bandar, sejajar dengan komitmen Sarawak Metro ke arah inovasi dan kecemerlangan dalam pengangkutan awam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056928 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list