CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4446|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek LRT: Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya beri ulasan

[Copy link]
Post time 11-6-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Projek LRT: Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya beri ulasan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

11 Jun 2024 02:40pm








Anthony Loke




GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi sebarang ulasan berhubung spesifikasi mengenai projek Transit Aliran Ringan (LRT) berikutan ia di bawah kendalian kerajaan Persekutuan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, exco kerajaan negeri perlu memberi laluan kepada kerajaan Pusat untuk membuat sebarang ulasan atau pengumuman berhubung projek bernilai RM10 bilion itu.



"Projek LRT ini di bawah kerajaan Persekutuan. Oleh demikian, sebarang pengumuman sepatutnya dibuat oleh kerajaan Persekutuan.

"Exco Pulau Pinang perlu memberi laluan kepada kita (kerajaan Persekutuan) untuk mengumumkan spesifikasi projek berkenaan," pada sidang akhbar selepas merasmikan 57th Asean Senior Transport Offical Meeting (STOM) di sini pada Selasa.

Anthony berkata demikian ketika mengulas mengenai pandangan beberapa pakar yang memohon kerajaan menimbangkan untuk melaksanakan Transiit Aliran Bas (BRT) atau Transit Aliran Automasi (ART) yang lebih murah (dari segi kos pembinaan) berbanding LRT yang akan menelan kos berlipat kali ganda.


Anthony (tujuh dari kiri) bergambar bersama pegawai kanan pengangkutan Asean sempena 57th Asean Senior Transport Offical Meeting (STOM) di George Town




Tambah Anthony, setakat ini, kerajaan Persekutuan belum memuktamadkan spefisikasi mengenai projek yang dijangka siap pada 2030 itu.

"Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk melaksanakan projek LRT di Pulau Pinang dan kita akan teruskan pelaksanaan tersebut.




"Bagaimanapun, kita belum membuat keputusan mengenai spesifikasi projek, apabila kita muktamadkan (mengenai spesifikasi), kita akan umumkan nanti," katanya.

Projek LRT dengan jarak jajaran dianggarkan kira-kira 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk dua stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral itu, dijangka dimulakan pada September atau Oktober tahun ini.

Sebelum ini, Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan pembangunan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang pada Mac lalu yang dijangka siap pada 2030.

Kerajaan telah memutuskan untuk melantik MRT Corp, syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), sebagai pemaju dan pemilik aset untuk projek tersebut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.149148 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list