CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3225|Reply: 0

Real Madrid siap dana bawa masuk Wirtz

[Copy link]
Post time 11-6-2024 02:35 PM | Show all posts |Read mode

WIRTZ melalui musim yang luar biasa bersama Leverkusen selepas membantu pasukan itu memenangi kejuaraan Bundesliga. - AFP

MADRID – Real Madrid dilaporkan bersedia untuk memperkukuh skuad mereka dengan menandatangani bintang Jerman, Florian Wirtz, pada tahun 2025 iaitu dalam satu perpindahan yang bakal mengecewakan Barcelona dan Liverpool.

Terdahulu, Wirtz mula mencipta nama sebagai salah satu pemain tengah muda terbaik di Eropah sebelum kecederaan ACL yang teruk pada Mac 2022 dan berlaku kebimbangan terhadap prestasinya yang sukar untuk mencapai potensi kelas dunia selepas kecederaan.

Namun, Wirtz baru sahaja menikmati musim yang luar biasa bersama Bayer Leverkusen selepas merekodkan 18 gol dan 20 bantuan jaringan dalam 49 perlawanan serta memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan Xabi Alonso yang memenangi gelaran Bundesliga.

Leverkusen juga memenangi Piala Jerman dan satu-satunya perlawanan yang mereka kalah sepanjang musim adalah dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Atalanta.

Walaupun baru berusia 21 tahun, Wirtz diiktiraf atas kepentingannya yang besar kepada kejayaan Leverkusen dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bundesliga musim ini.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menjadikan Wirtz sebagai objektif utama pada jendela perpindahan kali ini dan beliau sedang menyusun kewangan Madrid agar mereka dapat melancarkan tawaran mengejut sebanyak £85 juta (RM 487 juta).

Biasanya Perez jarang berdepan kekecewaan untuk mendapatkan pemain yang diinginkan sekali gus menyebabkan Barcelona dan Liverpool yang dikaitkan Wirtz akan berdepan kekecewaan. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... a-bawa-masuk-wirtz/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.071751 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list