CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4785|Reply: 0

[Kedah] Empat cedera dalam nahas 13 kenderaan akibat rempuhan treler

[Copy link]
Post time 11-6-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Empat cedera dalam nahas 13 kenderaan akibat rempuhan treler


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 11, 2024 @ 11:31am [email protected]




Sebahagian daripada kerosakan yang berlaku dalam nahas babitkan 13 kenderaan di Lebuhraya BKE pagi tadi





KULIM: Sekurang-kurangnya empat cedera dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling, di sini hari ini.

Difahamkan, treler terbabit merempuh kenderaan itu sehingga mengakibatkan kesesakan di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.37 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Zaidi Yaacob tiba di lokasi bersama sembilan anggota.

"Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba.

"Kesemua mereka dihantar ke Hospital Kulim dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamizul Azwan berkata, anggotanya bertindak membersihkan keadaan jalan dan menghindarkan jalan raya di kawasan kemalangan itu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.166881 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list