CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6505|Reply: 0

[Kedah] JAS hentikan operasi kilang arang kerana cemari udara persekitaran

[Copy link]
Post time 10-6-2024 10:11 AM | Show all posts |Read mode
JAS hentikan operasi kilang arang kerana cemari udara persekitaran


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 10, 2024 @ 9:46am [email protected]




Pegawai JAS Kedah melakukan pemeriksaan di sebuah kilang dalam 'Ops Kabut' yang dilakukan selama tiga hari. - Foto ihsan JAS





SUNGAI PETANI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengarahkan sebuah kilang produk arang briket (charcoal briquette) menghentikan operasi selepas dikesan gagal menyelenggara sistem kawalan pencemaran udara sehingga mencemari kawasan penduduk sekitarnya.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya bertindak berdasarkan aduan orang ramai berkaitan masalah bau dan asap yang mengganggu kehidupan harian penduduk di daerah itu.

Berikutan itu katanya, JAS Kedah melaksanakan operasi antara 'Op Kabut' bermula 6 Jun hingga semalam, untuk mencari punca pencemaran dan memeriksa premis yang berpotensi menjadi punca pencemaran.

"Kawasan yang terjejas dengan pencemaran ini adalah sekitar Ambangan Height, SP Height, SP Saujana dan Bintang Maya Residence di daerah itu.

"Berdasarkan makluman orang awam yang diterima menyatakan pencemaran sering berlaku pada awal pagi.

"'Ops Kabut' dilaksanakan bertujuan memantau aktiviti kilang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau terutama punca yang berpotensi menghasilkan pelepasan bendasing ke udara dan keberkesanan sistem kawalan pencemaran udara bagi setiap kilang terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, dalam operasi itu, JAS Kedah mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap kilang produk arang berkenaan dengan serta-merta.

Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi menghentikan operasi yang yang menyebabkan pencemaran udara dan pihak kilang diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan serta penambahbaikan bagi menangani masalah berkenaan.

"Kilang itu juga didapati tidak mempunyai Orang Yang Berwibawa (OYB) untuk menjalankan kerja pemantauan dan pengendalian kelengkapan kawalan pencemaran.

"Sehubungan itu, pihak industri diingatkan akan keperluan sentiasa menyelenggara kelengkapan kawalan pencemaran dan keperluan untuk mempunyai OYB seperti dinyatakan mengikut Seksyen 49A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu setiap premis industri hendaklah mempunyai seseorang yang diperakukan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar sebagai Orang Yang Berwibawa (OYB) bagi aktiviti yang membabitkan pengendalian kelengkapan kawalan pencemaran atau pengurusan buangan terjadual," katanya.

Menurutnya lagi, OYB juga akan dapat membantu atau menasihatkan pihak premis / industri dalam aspek kawalan pencemaran kepada alam sekitar terutamanya dalam pelaksanaan pematuhan kendiri di premis dan dapat mencegah berlakunya pencemaran yang lebih besar dengan pemantauan serta mengesan sebarang kerosakan kepada kelengkapan kawalan pencemaran lebih awal.

Katanya, JAS Kedah turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan menyeru orang ramai untuk bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan http://easyan.doe.gov.my







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list