CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3119|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hanya 3 hingga 8 pelajar kedoktoran ikuti bidang geriatrik setahun di universiti awam - Dr Dzulkefly

[Copy link]
Post time 7-6-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Hanya 3 hingga 8 pelajar kedoktoran ikuti bidang geriatrik setahun di universiti awam - Dr Dzulkefly


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 7, 2024 @ 3:34pm [email protected]




Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly berucap pada Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Air Putih, Balik Pulau di sini hari ini. NSTP/MIKAIL ONG





BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan (KKM) berhasrat mempertimbangkan insentif bagi menarik lebih ramai doktor perubatan mengkhususkan diri sebagai pakar geriatrik, memandangkan Malaysia sedang menuju negara tua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ketika ini, hanya tiga hingga lapan pelajar perubatan direkodkan mengikuti pengajian dalam bidang itu di universiti awam negara ini.

Katanya, Universiti Malaya satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan program pengajian geriatrik di negara ini.

"Mungkin kita akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai program sarjana perubatan pada masa depan untuk mempertingkatkan jumlah pakar geriatrik dan ini akan menjadi komitmen tambahan KKM.

"Ini kerana negara sedang beralih kepada satu transisi demografik yang mana menjelang 2030 kita akan memiliki 15 peratus daripada jumlah penduduk negara berumur lebih 65 tahun," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan baharu Klinik Kesihatan Air Putih di sini, hari ini.



Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad beramah mesra bersama pesakit ketika mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Air Putih, Balik Pulau di sini hari ini. - Foto NSTP/MIKAIL ONG

Dr Dzulkefly berkata, Malaysia pada ketika ini mempunyai 33 pakar geriatrik di hospital kerajaan, 13 di hospital universiti dan 14 di hospital swasta dan jumlah itu dilihat belum mencukupi untuk memenuhi keperluan negara pada masa depan.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting untuk meningkatkan jumlah doktor dalam bidang berkenaan.

Beliau berkata, ketika ini, KKM diizinkan mengisi lapan perjawatan bagi pengambilan doktor pakar geriatrik setahun namun berikutan kekurangan individu berkelayakan, jumlah itu ada masanya tidak dipenuhi.

"Cuma kadang-kadang kita tidak menawarkan jawatan itu kepada ramai doktor. Sebenarnya, kalau kita dapat lima orang setahun pun kita sudah rasa gembira," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.047681 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list