CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1985|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ikrar perabot pejabat tapi bawa masuk minuman keras

[Copy link]
Post time 6-6-2024 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Roselan (tengah) pada sidang akhbar rampasan minuman keras di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal, Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Sebuah kontena berisi 52,800 tin minuman keras bernilai lebih RM1 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang dalam satu operasi, 17 Mei lalu.

Pengarahnya, Roselan Ramli berkata, dalam operasi kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pihaknya merampas minuman keras jenis bir yang disyaki tidak berkastam melibatkan nilai anggaran RM216,480 dengan cukai berjumlah RM785,410.56.

Menurutnya, berdasarkan maklumat di dalam Bill of Lading, dagangan itu diikrarkan sebagai perabot pejabat.

“Hasil siasatan mendapati, kontena terbabit dikendalikan sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang dan diimport sebuah syarikat yang berstatus pemilikan tunggal di Selangor.

“Melalui dokumen yang diperoleh, dagangan ini disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Timur dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti suspek yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan ini.

“Minuman keras ini dipercayai dibawa masuk untuk dijual kepada pekerja asing di negara ini. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksesais 1976,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... asuk-minuman-keras/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.123489 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list