CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3390|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mekanik didakwa tipu tawaran kerja dengan jawatan tertinggi

[Copy link]
Post time 5-6-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Mekanik didakwa tipu tawaran kerja dengan jawatan tertinggi

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

05 Jun 2024 02:41pm


Joo Hong (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam pada Rabu.




BUKIT MERTAJAM - Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, atas dua pertuduhan penipuan menawarkan pekerjaan dengan jawatan tertinggi di antara Mac hingga Mei lalu.

Tertuduh, Ang Joo Hong, 51, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rashidah Mohd Akit dan Majistret Mohd Harith Mohd Azlan.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu dan memperdayakan lelaki berusia 56 tahun sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM58,230 bagi mendapatkan pekerjaan.

Kesalahan itu dilakukan di Kompleks Auto World, Perai di antara 2 Mac hingga 4 Mei lepas.



Bagi pertuduhan di kamar berasingan, tertuduh didakwa melakukan penipuan sama terhadap lelaki berusia 53 tahun sehingga mangsa menyerahkan wang RM4,720.

Kesalahan itu dilakukan di Taman Impian Indah, Bukit Mertajam pada 24 April lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nur Shakila Dahari dan Nurul Aini Yahya, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).




Tertuduh yang menghidap sakit jantung dan mempunyai seorang isteri serta tiga orang anak termasuk dua yang masih bersekolah memohon mahkamah agar mengurangkan jaminan terhadapnya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 15 Julai untuk sebutan semula kes.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.259355 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list