CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1892|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bapa, anak saudara mengaku gaduh di kedai makan

[Copy link]
Post time 5-6-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar kejadian pergaduhan melibatkan bapa dan anak saudara di Jelutong, Sabtu lalu.

GEORGE TOWN – Angkara bergaduh di tempat awam Sabtu lalu, seorang kontraktor penyelenggaraan dan anak saudaranya yang merupakan pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Eww Boon Par, 55 dan Adam Tan Aik Kah,31, masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Bagaimanapun, Mohamad Azlan menetapkan hukuman ke atas kedua-duanya akan diputuskan pada 22 Julai nanti selepas fakta kes berkenaan dilengkapkan.

Mengikut pertuduhan, Boon Par dan Adam telah dituduh melakukan gaduh gempar di hadapan Maga Restaurant (bersebelahan snooker), Jalan Van Praagh, Jelutong, di sini yang merupakan satu tempat awam, kira pukul 6.30 petang, Sabtu lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Ng Ziyang.

Mahkamah kemudian menetapkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai sebagai tarikh sebutan kes serta tarikh jatuh hukum kepada kedua-dua tertuduh. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... duh-di-kedai-makan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038650 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list