CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1976|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kertas kerja cadangan projek lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua dibawa ke Kabinet

[Copy link]
Post time 4-6-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. - Foto fail NSTP

BUTTERWORTH: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan membentangkan kertas kerja berhubung cadangan pembinaan Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua kepada Kabinet untuk kelulusan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata projek itu membabitkan cadangan pembinaan lebuh raya sepanjang 15 kilometer (km) dan ia dijangka akan menelan belanja RM1.8 bilion.

Beliau berkata, bancian serta kajian berkaitan projek itu sudah selesai dilakukan oleh pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tahun lalu dan dibentangkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Februari untuk penelitian.

"Sekarang ini kita sudah masuk proses kedua, proses pertama adalah permohonan daripada kerajaan negeri kepada kerajaan pusat, kedua cadangan PLUS kepada UKAS dan ketiga selepas ini adalah keputusan Kabinet.


"Februari lalu PLUS bentangkan kepada UKAS mengenai cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat sepanjang 15km dan setelah dimuktamadkan antara kedua-dua pihak, langkah seterusnya di peringkat KKR selepas ini adalah, kita akan buat penyusulan dengan mengangkat kertas kerja ke mesyuarat Kabinet yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Seminar Jalan Bandar @penang 2024 di Butterworth Arena, di sini hari ini, yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Ahmad berharap projek itu akan diluluskan bagi membolehkan pembinaannya dilaksanakan secepat mungkin, seterusnya memberikan penyelesaian jangka masa panjang terhadap isu kesesakan memandangkan ia merupakan masalah utama yang perlu diatasi.

Katanya, projek itu kelak bukan saja akan dinikmati oleh pengguna jalan raya di Pulau Pinang, malah ia akan turut memanfaatkan pengguna lain terutama negeri yang bersempadan.

Sementara itu, Chow berterima kasih kepada Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Anwar yang memahami kesulitan dihadapi pengguna jalan raya yang terpaksa mengharungi kesesakan di kawasan itu terutama pada waktu puncak.

"Projek ini akan memakan masa beberapa tahun untuk disiapkan dan berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai cabaran memandangkan ia akan dibina di atas lebuh raya sedia ada. Bagaimanapun kita amat bersyukur ia akhirnya akan dapat direalisasikan," katanya.

Sebelum ini, Chow memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua, berikutan keadaan aliran trafik yang semakin mendesak, malah perkara itu telah dibangkitkan kepada Perdana Menteri dalam Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar April lepas. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... kat-juru-sungai-dua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.218780 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list