CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3309|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis terima laporan dua lelaki bertumbuk di kedai makan

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:33 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki tempatan di sebuah kedai makan di George Town, baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan dua lelaki tempatan di sebuah kedai makan di Jalan Perak, di sini pada 31 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya telah terkesan dengan satu rakaman video berdurasi satu minit 51 saat yang dimuat naik di laman X.Com memaparkan pergaduhan dua individu, kira-kira pukul 2 petang semalam.

”Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 31 Mei lalu, kira-kira pukul 4 pagi di sebuah kedai makan di George Town melibatkan dua lelaki tempatan.

”Pada 1 Jun lalu, kira-kira pukul 8.07 malam, pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

”Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi serta tidak menularkan lagi rakaman klip video berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular video menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan menunjukkan dua lelaki yang sedang berbalah sebelum mereka berbalas tumbukan hingga di luar kedai. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... buk-di-kedai-makan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.298448 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list