CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3826|Reply: 0

Jerman buntu gol berdepan Ukraine

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:17 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Jerman, Kai Havertz (dua dari kiri) bersaing dengan pemain Ukraine, Mykola Matviyenko dan Roman Yaremchuk pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Max-Morlock, Nuremberg awal pagi tadi. – Foto REUTERS

NUREMBERG, Jerman: Jerman dipaksa seri 0-0 oleh Ukraine ketika tuan rumah Kejohanan Eropah itu kurang berkesan di jentera serangan beraksi di Stadium Max-Morlock di Nuremberg yang menyaksikan tiket habis dijual.

Lebih 44,000 peminat dalam suasana bergembira ketika sepak mula, mengharapkan Jerman yang menemui prestasi mereka di bawah kendalian Julian Nagelsmann bertindak cemerlang kurang dua minggu sebelum memulakan kempen Euro 2024 menentang Scotland di Munich pada 14 Jun ini.

Apa yang diharapkan penyokong Jerman itu bagaimanapun mengecewakan mereka, ketika anak buah Nagelsmann mendominasi hampir keseluruhan perlawanan dan mencipta banyak peluang tetapi gagal memecah kebuntuan menentang Ukraine.

"Saya menyedari pasukan ini mahu menang dan kami bermain dengan amat bagus dalam tempoh yang lama," kata Nagelsmann kepada badan penyiar awam Jerman, Das Erste.


"Dua puluh minit pertama perlawanan amat bagus. Kami patut berjaya mendahului ketika itu. Saya fikir kami perlu bertindak lebih agresif.



Kapten Jerman, Ilkay Gundogan (kanan) cuba melarikan bola daripada kawalan pemain tengah Ukraine, Mykola Shaparenko ketika aksi persahabatan antarabangsa di Nuremberg awal pagi tadi. – Foto AFP

"Pemain kami patut lebih ramai berada dalam kotak penalti dan memberi tekanan dalam kawasan penalti mereka. Pemain gantian kami tidak perlu menunggu lama untuk menyesuaikan diri, mereka semua bertindak baik," kata pengendali berusia 36 tahun itu.

Jerman hadir pada perlawanan itu dengan peralihan nasib di bawah kendalian Nagelsmann, menang dua perlawanan terakhir mereka menentang Perancis dan Belanda dengan corak agresif, tempo tinggi dan mencetus keyakinan dengan kelebihan tuan rumah, Kejohanan Eropah kali ini mungkin mampu menyaksikan kejayaan mereka.

Nagelsmann tidak mendapat khidmat pemain Real Madrid, Toni Kroos dan Antonio Rudiger, kedua-duanya direhatkan selepas memenangi final Liga Juara-Juara selain dua pemain Borussia Dortmund, Nico Schlotterbeck dan Niclas Fuellkrug.

Ketika beberapa aspek persembahan tetap melegakan Nagelsmann, ia satu keputusan yang mencetus persoalan menjelang perlawanan pemanas badan terakhir Jerman bertemu Greece di Moenchengladbach Jumaat ini.

Selepas membuka tirai kejohanan menentang Scotland, Jerman akan berdepan Hungary pada 19 Jun dan Switzerland empat hari kemudian. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ol-berdepan-ukraine
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.182041 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list