CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6612|Reply: 0

Bayern sedia sambar Fernandes

[Copy link]
Post time 3-6-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes (depan) berada dalam radar Bayern Munich. - Foto AFP

LISBON: Bayern Munich mula berunding dengan ejen bintang Manchester United, Bruno Fernandes menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Pengendali baharu Bayern, Vincent Kompany mahu memperkuat skuad gergasi Jerman itu selepas musim mengecewakan di bawah Thomas Tuchel.

Bayern menamatkan kempen tanpa sebarang trofi, sekali gus melebarkan kemarau kejuaraan buat bekas penyerang Tottenham, Harry Kane yang mempunyai rekod jaringan memberangsangkan sejak tiba di Munich.

Pelantikan Kompany disahkan minggu lalu, dengan bekas pengendali Burnley itu menggantikan Tuchel yang enggan meneruskan kariernya di Allianz Arena.


Media Portugal melaporkan, Bayern akan menjadikan Fernandes pembelian utama mereka di bawah Kompany.

Bayern dilaporkan sudah menghubungi ejen Fernandes, Miguel Pinho untuk perpindahan kapten United itu pada musim panas ini.

Kelab Bundesliga itu bagaimanapun perlu bertindak pantas kerana kelab La Liga, Barcelona juga berminat menandatangani pemain Portugal berkenaan.

Masa depan Fernandes di United masih samar, terutama selepas pengendalinya, Erik ten Hag juga belum disahkan akan terus berada di Old Trafford.

Kontrak Fernandes hanya akan berakhir pada Jun 2026, tetapi United mempunyai pilihan lanjutan 12 bulan.

Pemain 29 tahun itu membantu United menewaskan Manchester City 2-1 pada final Piala FA. Ia adalah trofi keduanya bersama kelab selepas Piala Liga tahun lalu.

Sejak menyertai United pada Januari 2020, Fernandes mengumpul 233 penampilan, meledak 79 gol dan melakukan 66 umpanan gol. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ia-sambar-fernandes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list